25 September 2012

Travel to Kuching:Jom Makan Tengahari di Warong 2020, Kuching (Part 04)

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Makan...makan..makan.. Susah ke nak cari kedai makan halal di Kuching nie??  kalau tak tahu tempatnya memang susah, tapi kalau dah tahu siap duit je.  Kami bertuah sebab  Cik honney pernah tinggal di Kuching 3 tahun lepas. Lama juga la tinggal kat sana, lebih kurang 3 tahun 3 bulan. Waktu tu den masih di bangku sekolah lagi. Sekarang tidak lagi. Disebabkan kami pernah tinggal di Kuching maka adalah beberapa buah kedai makan yang menjadi `hot spot` orang ramai terutamanya orang semenanjung lah.

            Seperti yang sudah maklum makanan kat sini(sarawak) memang berbeza dengan selera kita kat sana. Kalau bab makan nie Cik honney  sekeluarga memang cerewet sikit, sekali terkena makanan yang tak sedap dan tak menepati citarasa kami tambahan dengan harga yang cekik darah nak mampus. Tobat den tak jijak dah ler jawabnyer, tapi kalau dah jumpa kedai yang makanan dia kena dengan selera kami memang untung ler tauke kedai tu, kerna kami akan menajdi pelangggan tetap mereka. Bukan nak makan selalu pun kat luar tapi kadang-kadang tu mau juga tukar selera dan cuba makan di luar.


            Kalau nak makan berat (sesuai untuk makan tengahari ler, ada nasi campur juga),  Cik honney sarankan korang pergi ke WARONG 2000 FOOD COURT, macam-macam menu ditawarkan. Harga sangat murah. Opss lupa nak habaq tempat dia. Warong nie dekat dengan Homestay yang kami tinggal, hanya 10 minit dari Homestay tersebut(naik kereta ok,kalau jalan kaki ko try ler sendiri)  lokasinya di Desa Ilmu.
           
Untuk Hari Pertama kami sampai dah tengahari, semua dah lapar tahap chipmunk jadi menu yang di oder hanya simple sahaja iaitu Nasi Putih 5 bungkus dan 3 jenis lauk (ikan goreng dan sambal, gulai daging dan hotdog mix fishball masak sos) serta Ice Lemon Tea, Teh Ais, Teh Tarik dan Teh O’ Ais limau. Total untuk makanan semua nie hanya RM 22.60. Semua nie di tapau untuk dimakan di Homestay nanti. Baru puas makan.
Menu yang disediakan


Manakala untuk makan malam, kami sekeluarga makan di bandar Kuching. Sila ke Entry `Dinner Di Barok Bistro`  untuk mengetahui tempat dan juga makanan yang disarankan sesuai dengan family anda ketika berkunjung ke sana.


Untuk Hari Kedua, Cik honney  memilih menu yang lain sikit iaitu Lemon Chicken Rice, harganya hanya RM 4.50 sahaja, kenyang sampai malam. Kalau tak suka Lemon Chicken Rice korang boleh order Honey Chicken Rice. Kalau tak nak berat-berat, makanan goreng-goreng pun ada. Contohnya mee goreng dan koew teaw goreng juga hanya RM 4.50 je, rasa mee goreng tu memang umphh sedap gilerrr. Rasa macam makan kat Penang je. Time nie ayahanda order mee goreng dan telur mata, total RM5.50. telur mata tu dia cas RM 1.00
Nie lah Lemon Chicken Rice

àApalagi jom kita meneroka negeri Sarawak, 1001 tempat menarik yang perlu dilawati.

Pstt..Jangan lupa baca PART 05 ok. Rugi kalau korang tak terokainya.

2 comments:

  1. Cik tak penah p srwak T_T
    nanti sonang2 jenjalan kat sabah pulak ye honey :D

    ReplyDelete
  2. haiii..

    marilah join giveaway saya nak makeup.. hadiahnya istimewa n banyak...
    http://oneniezuka.blogspot.com/2012/09/giveaway-saya-nak-makeup.html

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com