26 September 2012

Resepi Teh Bunga 'HOMEMADE'


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat pagi. awal bangun hari nie..bagus-bagus..orait dah sarapan ke belum?? kalau belum jom datang men'ngeteh' air teh bunga kekwa di teratak Cik Honney. Nama saintifik air nie adalah Teh krisantimum ataupun lebih dikenali dengan nama air teh bunga ler. Selalu kita minum yang dalam kotak ataupun tin sahaja kan. 
Yang segera punya.


Apa kata kita minum plak secara 'made by self' yang best lagi tu boleh feeling jadi minah bunga atau mat bunga sebab ada bunga dalam air nie. Nampak tak bunga dalam air, jangan sangkakan bunga di dalam taman saja tau.


Sedikit info tentang kelebihan Teh Bunga nie:-
Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Namun begitu, bagi sesetengah negara di Eropah dan Jepun, bunga ini melambangkan kematian dan hanya digunakan dalam pengebumian atau diletakkan di atas kubur. Bagi masyarakat Asia terutamanya negara kita, bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum.

Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Bunga ini mengandungi khasiat yang dapat bertindak untuk menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari. Bunga kekwa juga sering digunakan dalam perubatan cina untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Bunga kekwa yang dibuat teh dikatakan dapat menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata. 

Sumber info nie rujuk SINI. Banyak lagi infonya, tapi cukuplah den ambil yang penting sahaja. Kalau korang rajin pergila baca kat sana. 

   Orait, bagi sesiapa yang tak pernah tengok teh bunga yang telah dibungkuskan dan ada dijual dipasaran berdekatan anda, sila tengok sini cepat-cepat.

Mahal beb, nie lebih kurang 50gram sahaja dah RM 6.99. Kalau 500gram tu hah ko kira lah sendiri.

Nak dijadikan cerita, bunga kekwa nie den beli masa pergi beli barang dapur di Giant bulan lepas. 1st time jumpa dua bulan yang lalu tapi belum tergerak hati nak beli. Belek punya belek, balik rumah den seacrh plak mr google cari rupa bunga kekwa tu macamana, bukan apa takut juga salah beli kang apa mahu buek...nak makan tak dapek, rugi jeloh nanti. Selepas dah betul-betul confirm rupa dia barulah den kecek mak bapak den suruh beli nie satu. Balik rumah terus ambil air panas nak buat air teh bunga nie lah. My favorite nie....


Resepi: Teh Bunga 'HOMEMADE'

Sumber: Ciptaan Sendiri

Bahan-Bahan (untuk satu mug berukuran 500ml) :
10-13 kuntum bunga krisantimum/bunga kekwa
1½ sb gula pasir/ gula perang
air panas secukupnya

Cara penyediaan:
Basuh bunga kekwa sebentar(sekejap je tau)
Masukkan bunga kekwa tersebut dalam air panas
Biarkan bunga tu kembang dalam air panas selama 5 minit
Masukkan gula mengikut citarasa anda.
Boleh tambah ais untuk hidangan sejuk

Itu sahaja caranya..mudah bukan?

Kalau nak warna dia terang bolehlah tambah sedikit pewarna kuning, tapi yang nie den tak letak pewarna pun. 100% original tanpa sebarang pengawet. Baunya sangat harum.

Ada juga yang tanya di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram(Mahal beb) Ataupun pergi sahaja ke Giant ataupun Tesco , ada dijual dalam bentuk paket..

J --SELAMAT MENCUBA-- J

pstt-> Ada ke keburukkan minum air nie ye????

4 comments:

  1. Wow.. kalaui sejuk sedap ni !

    ReplyDelete
  2. best ni lau bt minum ptg2..:)

    ReplyDelete
  3. em.. setakat pengalaman sy la kan.. sy rasa dpt menambahkan susu bg ibu-ibu yg menyusu..

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.