13 September 2012

Resepi Tart Nenas Gebu


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all



Cik Timah : Amacam, dah buat lom jem nenas?? 
Cik Mah: Aii beli je..
Cik Timah: Apaaaaaaaaaaa beli siap je...ehh apa klassss beli..
Cik Mah: Busy ler Timah weii..ku mana ada masa nak buat itu ini..renyah tahu....
Cik Timah: Ehh..senang jelah.. tak sampai satu jam pun nak buat jem tu. Sure ko happy punyalah.
Cik Mah: Iya ker??? biar betullll..camne tu??
Cik Timah: Ko tengok nie JEM NENAS SUPERB....sure guna jem nie nanti tat nenas ko akan cair dalam mulut beb
Cik Mah: Uishhh..kecurr ayaq liuq ku dah aihhh...nak kena buat jugalah nie
Cik Timah: Jom...jom...jom..ku dah buat dah...memang puas lah nak makan


Orait...dialog itu hanyalah suka suki Hanis je, tak ada kaitan antara yang hidup mahupun yang dah pergi. Beikutan itu juga, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah kawan Hanis yang pergi buat selama-lamanya petang semalam. Kita doakan semoga rohnya bersama para muslimin dan muslimat sekalian. Amin

Al-Fatihah
-
-
-
-
Semalam Hanis  dah post entry tentang JEM NENAS SUPERB dan harinie den akan post tentang cara nak buat TART NENAS GEBU segebu-gebunya. Siapa suka makan Tart cuba Klik Sini DULU

    Orait, untuk doh tart nenas nie, honney guna resepi dari myrecipe.com. Manakala, untuk jem nenas nya pula honney ikut cara kawan baik Hanis, Fazlun Farahanim semasa sekolah dulu. Disebabkan kami dah berjauhan den tak dapat lagilah makan tart dia bila raya, Fazlun aka Elun memang terer buat tart, masa sekolah dulu kami tukar kueh raya.Hanis kasi kueh yang Hanis buat atau bawa balik dari kampung, manakala Elun kasi kueh yang dia buat. Ohhh indahnya hidup ketika itu. Kenangan terindah yang takkan kembali lagi.
Inilah hasilnya pertama kali den buat tat nenas dalam hidupku... 1st time buat, alhamdulillah menjadi.

            Orait, berbalik kepada resepi nie, adunan atau doh tart nie nanti sangatlah lembut dan lembik. Bolehlah tambah tepung sedikit demi sedikit, agak-agak tak melekat kat jari. Tapi jangan letak banyak-banyak nanti bila dah bakar tat tak gebu. Resepi nie kalau yang tak pernah buat tart bila cuba resepi nie mesti jadi punyalah tart korang tu. Hasil dia nanti tart anda akan menjadi gebu dan cair di dalam mulut. Tambahan pula dengan jem yang dibuat sendiri. Mesti mantopppp!! 


Adunan yang sama, den letak warna hijau sikit. Saja nak test tengok tart nenas versi huck..hihi

       Tapi make sure di rumah korang tu tak ada budak kecik yang ok, kalau ada habislah carpet yang mahal-mahal tu dipenuhi oleh kuih Tart Nenas yang gebu nie bersepai sana sini.(ehh betul ke ayat aii nie..belasah jelah..hihihi..). Andai kata, korang ada anak kecil ataupun anak sedara ke anak jiran ke Hanis sarankan korang kena tambah sikit tepung kartard untuk bagi keras sikit tart nie. Keras pun nanti bukan keras macam batu, keras dia akan jadi rangup dan rapuh jadi tak ler mudah hancur kalau budak kecik pegang atau genggam. Barulah tak mudah hancur kalau diaorang terlompat-lompat macam Gangnam Stlye tu..

               Semua bahan dah ada jom kita gentelkan jem nenas bulat-bulat ataupun lonjong(ikut kreativiti masing-masing). Selepas dan gentelkan jem nie, disarankan letak dalam peti sejuk dulu. Sebab kalau letak luar nanti dia cair. Orang Kedah kata belengaih sebab gula dia melekit-melekit.

Adunan jem nie setelah digentel bulat-bulat dapatlah dalam 80 biji lebih.


Inti versi lonjong, lagi senang nak gulung.
Resepi Tart Nenas Gebu
Sumber: Myrecipe.com

BAHAN UNTUK DOH TART:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard(Nak keras sikit sila tambah sukatan)
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (Hanis guna buttercup 250gm)
1 sudu besar minyak sapi(Hanis tak letak)
1 biji kuning telur(Hanis guna 2 biji kuning telur,)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula

Bahan Hiasan:
dua biji telur kuning
sedikit pewarna

CARA MEMBUAT DOH TART:
Pukul bersama mentega, susu, gula hingga sebati.
Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
Panaskan oven selama 10 minit.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).(Semasa tekan doh tu, cotak bunga dia pastikan berada di bawah.)


Ulangi sehingga habis.
Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.

Peringatan: Tart nie sangatlah gebu, jadi selepas bakar biarkan dia sejuk dahulu sebelum anda alihkan ke dalam bekas kedap udara.

--SELAMAT MENCUBA-- ^^,

P/s: Putih telur jangan dibuang, boleh diguna buat Biskut Mama Carey.


3 comments:

  1. OMG... 2-2 saya suke..mama carey pun suke giler ! BTW ni mama carey modern ek?? hehe cute ! selalu beli/makan yang ade corak taun 70 tu je !

    * done follow, nice to meet U!

    ReplyDelete
  2. tart nenas antara kuih raya feveret PM...terbaik...:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com