11 September 2012

Resepi Puding Roti Berlapis


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat petang y’all..honney kembali memuding lagi. Actually bab-bab memuding nie honney lemah kit, mungkin dah kena sumpahan kot. Kalaumemuding je mesti ada yang terkurang atau terlebih. Sama ada tak jadi atau tak leh makan langsung. Then membazir la jawabnya. Then..then..then…kena touche ler you..bla…bla…bla… jadi tak jadi ada aku kesah. Selagi tak jadi honney akan buat sampai jadi. Mana tahan you tengok diaorang post gambar semua lawa-lawa belaka puding yang diaorang berjaya buat.

Disebabkan tak mau kalah juga kali ini honney kembali dengan azam yang gigih untuk memuding. Finally, inilah yang terjadi. Alhamdulillah jadi juga..walaupun layer dia tak berapa cantek tapi at least appreciate la sikit. Penat aww den memuding nie. Cuma satu yang dikesalkan, resepi ini honney tak ingat copy dari mana, sebab pesyen den nie suka copy-copy then paste kat folder, edit-edit sikit bagi faham then print tampal buatkan satu buku. Bila mai time nak post entry mula-lah gelabah puyuh “gawat deh, mano tuannya ku nak creditkan.”   Ermm..kira halal la ye. honney doakan empunya resepi ini dimurahkan rezeki selalu dan berjaya menghasilkan resepi-resepi yang tiptop..kalau resepi nie sama dengan anda, mungkin anda empunya resepi ini hamba minta izin untuk di-share di teratak blog hamba ye.

Layer tak cantek lagi..akan dimantapkan di masa hadapan

Terima kasih, daun keladi,
Lain kali, hamba copy banyak-banyak lagi.

Resepi: Puding Roti Berlapis
Sumber: ?@#$L

Bahan-bahan(20cm)
6 keping roti.(tak kira roti bun atau roti keping, kalau nak keras tambah jumlah roti) honney guna roti gardenia
½ tin susu cair
4 biji telur
½ cawan air
1½ cawan gula pasir (ikut kemanisan yang anda mahukan)
2 sb serbuk koko

Cara-caranya:
1-      Masukkan kesemua bahan kecuali serbuk koko ke dalam blender sampai sebati.
2-      Tuang separuh adunan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega/marjerin.
3-      Kukus sehingga permukaan puding kelihatan sedikit keras (15 min)
4-      Masukkan serbuk koko ke dalam baki adunan dan diblend sehingga sebati.
5-      Tuang adunan koko ke dalam acuan. Tuang perlahan-lahan supaya lapisan lebih cantik. Kalau tak, puding nie jadi marble nanti.
6-      Kukus sampai masak.


NOTA: Semasa step ke-5, tuang adunan dari tepi loyang agar adunan tak bercampur macam cik honney buat tu. Kalau tuang dari tengah hah jadi macam dalam gambar den tuler.


*resepi asal puding nie berserta dengan sos kastardnye, tapi disebabkan den tak buat kastardnye jadi tak ada ler resepinya.

J--SELAMAT MENCUBA--J


2 comments:

  1. salam kenal...saya follow blog ni... nmpk sedap puding tu :)

    ReplyDelete
  2. @Cik Puan Izan✿ cubalah sis..sure awk xmenyesal nanti

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.