25 September 2012

Resepi Nasi Goreng Ulam Raja


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Entry kali ini adalah entry yang tertunggak, so kalau korang tengok watermark tu sudah ketinggalan(yang awal tahun punya versi nie). Nasi goreng??? senang nak buat dan sedap untuk dinikmati tak kira sama ada bujang ataupun dan berkeluarga. Menu yang paling ringkas dan jimat tambah-tambah kalau dah hujung bulan tu memang sesuai sangatlah buat nasi goreng je.

Rasanya semua tahu buat, tapi korang pernah cuba tak buat nasi goreng ulam raja seperti honney buat ini. Kalau belum buat lagi korang dinasihatkan untuk mencubanya. Sejak pindah semula ke Sarawak nie, honney dah berjinak-jinak makan ulam-ulaman nie, tak semua ulam yang den telan hanya sesetengah sahaja. Maklumlah nenda kata sapa suka makan ulaman nie nanti awet muda, muka tak cepat tua..bla..bla..bla...dek tak mahu muka cepat tua sanggup deh telan itu semua asalkan kena dengan cara penyediaannya.

Kes suka makan ulam nie bermula dari awal tahun lepas nenda datang `diam` (dialek sarawak yang bermaksud tinggal) di sini lebih kurang dua bulan lebih. Nenda suka makan ulam, setahu den semua daun kalau boleh dia nak makan. Kalau jalan kat kampung dengan dia semua dia kata boleh makan. So, cucuanda yang kurang minat makan nie, time dia makan mesti tanya itu ini. Ikuti dialog tersebut di entry Kerabu Ulam.

            Resepi kali ini enak dimakan di kala tengahari. Korang bolehlah cuba okey. Rasanya sangat menyelerakan. Bau Ulam raja yang tersendiri itu sangat sesuailah kalau nak masukkan dalam nasi goreng nie. Kaedahnya sama je macam baut nasi goreng lain suma tambah pucuk ulam raja je dan bahan-bahan sama waktu dengannya.

Resepi: Nasi Goreng Ulam Raja
Sumber: Rekaan Sendiri

Bahan-bahan:
1 batang carrot (dipotong dadu)
3 tangkai kacang panjang (dipotong kecil-kecil)
Secekak pucuk ulam raja (dihiris halus-halus dan direndam dengan secubit garam. Toskan)
Hirisan daging ayam (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
½ biji bawang besar(dihiris bulat)
½ biji bawang besar (dipisahkan layer by layer)
*4 ulas bawang putih
*2 biji bawang merah
*½ cawan ikan bilis
*2 biji cabai melaka(tak suka pedas sila `skip` yang nie)
*½ sk biji lada hitam


1 mangkuk nasi putih digaul dengan secubit garam
1 sb kicap manis
1 sb sos cili
bahan yang bertanda * hendaklah ditumbuk kasar

Cara-caranya:
1-      Tumis bahan yang bertanda * sehingga naik bau.
2-      Kemudian masukkan ayam, carrot dan kacang panjang. Kacau hingga semua sebati. Masukkan kicap dan sos cili.
3-      Agak-agak carrot dah masak, bolehlah masuk nasi dan goreng hingga garing.
4-      Masukkan daun ulam raja. Sebatikan.
5-      Siap untuk dihidangkan.


J--SELAMAT MENCUBA--J

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com