4 August 2012

Resepi Kek Cawan Mudah dan Sedap!

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Salam hari ke-9 ramadhan, sapa suka cupcakes atau hantu cupcakes bolehlah cuba resepi yang bakal Cik honney share kali ini, untuk percubaan kali pertama nie Alhamdulillah menjadi dengan jayanya walaupun banyak masa kena peruntukkan untuk membuat cupcakes nie dari awal hingga ke akhir. Apa yang perlu adalah sabar, honney buat cupcakes nie pun dari tengahari sampai ke lepas isyak baru siap 100%. Waktu siang kita bakar kek dulu, dah siap bakar biarkan sejuk dengan sendiri, tak perlu letak dalam peti sejuk segala sambil tu bolehlah cas tenaga dengan layan internet dulu cari idea-idea untuk hias cupcakes nanti, selepas asar bolehlah mula menghias cupcakes korang tu sampai habis. 

   Untuk percubaan pertama nie,honney  buat dua adunan, satu perisa vanilla satu lagi coklat. Perisa vanilla permintaan dari Budak Kechik, manakala perisa coklat permintaan dari Cik Moon

   Tak perlu mukadimah panjang lebar jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cupcakes atau kek cawan yang paling mudah sekali.

Untuk resepi dibawah nie telah diolah sedikit dari resepi asal mengikut kefahaman dan untuk rujukan honney  nanti.

Resepi: Cupcakes Vanilla
Sumber: Kak Wan.

Bahan-bahan: (dapat 16 biji)
250gm mentega
180gm gula kastor/150 gm gula pasir dikisar halus
5 biji telur Gred B
1 sb esen vanilla
*220gm tepung gandum
*1 sk baking powder

*diayak


Cara-caranya:(rujuk gambar di atas)
-Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.(gambar no 1)
·       -Susun acuan kek cawan di atas dulang pembakar.(kalau tak ada acuan guna je cawan kertas yang keras   
      macam honney  guna, ada jual dekat kedai bakery)(gambar no 2)
     -Ayak bahan-bahan yang bertanda *, satukan sekali dalam satu bekas. (gambar no 3-4)
·     -Mixer mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim.(gambar no 5-6)



           - Masukkan telur satu persatu hingga sebati.(gambar no 1)
·   -Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam adunan sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.(gambar no 2-3)
     -Dah siap masukkan dalam piping beg(gambar no 4) dan paip ke dalam acuan(gambar no 5-6)

-Nak senang korang guna je kaedah kaup guna dua sudu besar, macam honney buat(gambar no 1-3). Dah siap, ketuk- ketuk dulang tu bagi adunan rata.



     -Masukkan ¾ adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit atau hingga 
      keperangan.
     

NOTA:
-Selepas dibakar kek nie akan menjadi kurang manis, sebab nanti buttercream dah manis, jadi tahap kemanisan akan balance semula. Kalau nak kek tu manis lagi bolehlah tambah sukatan untuk gula kastor atau boleh tukar guna 150 gm gula pasir yang dikisar halus

-Lain kali kena masukkan ½ adunan sahaja ke dalam acuan, untuk memudahkan lagi sesi “meng-deco cupcakes”. Untuk ¾ adunan sebelum dan selepas dibakar boleh rujuk gambar dibawah.

Untuk Cupcakes Coklat cara-caranya lebih kurang sama dengan Cupcakes Vanilla cuma beza kegunaan butter dan minyak sahaja. Sila ikut arahan. Kek guna minyak rasa lebih sedap dan tak muak kalau makan banyak dibandingkan dengan kek guna butter, tak percayalah cubalah.

Jika guna minyak adunan nie agak cair. Jangan risau, nanti dah bakar dia okey la.

Resepi: Cupcakes Coklat
Sumber: Cik Honney.

Bahan-bahan: (dapat 18 biji)
150 gm gula pasir dikisar halus
4 biji telur gred B
1 sk baking powder
*230 gram tepung gandum
* ¾  cawan serbuk koko
*  ½ cawan milo
1 cawan minyak masak
1 sk perisa coklat

*diayak

Cara-caranya:
·         Sediakan acuan kek cawan yang keras agar
·         Mixer gula dan telur hingga kembang.
·         Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
·         Masukkan minyak masak dan perisa coklat, gaul hingga sebati.(jangan risau, adunan nie agak cair)
·      Masukkan ½ adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 170c selama 15-20 minit atau hingga masak.(cucuk dengan toothpick kalau tarik keluar dia suci je maksudnya kek dah masak, kalau tak masak tambah 5-10 minit lagi tapi kena jaga-jaga takut kek rentung plak nanti)


Biarkan cupcakes nie sejuk seketika sebelum dihias dengan sebarang cream.

Sekarang mari kita buat buttercream plak, cara-caranya mudah je, hanya perlukan 3 bahan utama dan beberapa warna pilihan anda serta bahan-bahan lain untuk hiasan macam coklat  dan sebagainya. Kalau korang tak faham nanti jangan lupa komen dibawah atau inbox kat page belog cik honney.


Resepi: Buttercream 
Sumber: Mak Teh Cik Honney.


Bahan-bahan:
250 gram gula aising
250 gram krimwell
200 gram creamnate(tak letak pun tak pe, honney letak sebab dah ada dalam stok)
sedikit esen vanilla
beberapa warna pilihan anda(optional)
filling blueberry(optional)
coklat(optional)


Cara-caranya:-
Pukul krimwell dengan gula aising hingga kembang dan gebu.(gambar no 2-3)
Kemudian bahagikan kepada dua bahagian.(honney bahagi 3/4-1/4)
Satu bahagian yang 1/4 tu pukul dengan creamnate hingga berkrim.(gambar no 4).(kalau tak letak creamnate part nie boleh skip okey)
Sedia untuk disapu pada dasar kek (rujuk gambar)


Satu bahagian lagi tu(3/4 tadi) boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian lagi untuk diletakkan warna.
Dah siap, masukkan dalam piping beg dengan nozel untuk di deco mengikut kreativi anda.

warna pink nozel bintang,hijau nozel rumput,koko nozel bulat, purple filling blueberry, kuning nozel bunga.

Cara mudah letak cream dalam piping beg.



Bagi yang tak tahu macam mana rupa krimwell dan creamnate boleh tengok gambar nie, tak pun korang boleh beli kat kedai bakery yang berdekatan anda.



--SELAMAT MENCUBA--^^, 

6 comments:

  1. sedap.. nk try tp no time la plak.. =(

    ReplyDelete
  2. sedappp je cupcake tu..heheh

    ReplyDelete
  3. @Natasha try untuk raya nanti..blh hidang kat org dtg...

    ReplyDelete
  4. @Nabila Aziz sedap lagi kalau ktia buat sendiri.blh mkn byk2x..hihi

    ReplyDelete
  5. nape kena guna cup keras hanis.takut terbakar ke..
    lagii satu,masa bakar tue letak cup atas try camtu jer ke..

    ReplyDelete
  6. salam..sis, kalaw nak buat cupcakes yang ada rasa blueberi, oren, atau perasa lain boleh guna resepi cupcakes vanilla x? kalaw kukus bleh x sis? mohon copy,tq=)

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com