15 August 2012

Resepi Biskut Strawberry Mama Carey


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Dalam beberapa hari nie, semua kelam kabut sibuk mengemas itu dan ini. Maklumlah tinggal beberapa hari lagi nak raya. Disamping itu Cik honney nak kongsi satu lagi resepi biskut yang juga merupakan salah satu kegemaran Cik honney. Biskut ini den dah pernah buat untuk raya tahun lepas, RUJUK SINI. Tapi corak dia tak berapa nak kemas. Lagi pun gula aising dia cepat perang. Mungkin disebabkan oven terlalu panas. Jadi tahun nie den ubah sikit corak dia selepas dapat ilham dari design-design yang ada jual dekat pasaraya.

            Selepas tengok gambar biskut mama carey dekat blog kak Ita Masam Manis sangatlah sempurna dan cantik sekali. Terus den teruja nak buat biskut nie sekali lagi. Tapi kali nie den guna design strawberry, sebab den nie tak pandai nak lorekkan. Sure fail.


             Resepi nie asal dari Kak Wan, citarasawan.blogspot.com.

Resepi: Biskut Strawberry Mama Carey
Sumber : Koleksi yang lepas
Rujukan: Kak Ita Masam Manis


Bahan-bahan:
200 gm mentega
100 gm gula Kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla

Bahan Di ayak:
260 gm tepung red ros(tepung gandum pun boleh)
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung

Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit

Panaskan oven pada suhu 150 C
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat
Terap dengan acuan pilihan


Susun di atas dulang pembakar


Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak
Kemudian biarkan ia sejuk.

Sekarang kita sediakan icing

Icing
1 biji putih telur(honney guna dua biji putih telur)
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing(honney guna 100 gm)
beberapa warna kesukaan anda(honney guna warna pink, dan hijau epal)


Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Masukkan adunan dalam piping bag.

Paipkan icing atas biskut tadi
Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan
Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan

*cara honney guna piping beg, dan pipe kan ke atas biskut(rujuk gambar)

Pipe kan warna pink dahulu, ratakan.

Kemudian buat bentuk 'M', agak-agak amcam daun lah.

Buat plak dot-dot.

Dah siap. Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi



Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

Kak Ita pesan:-
* untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak

Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning. Lagi satu pastikan suhu oven bertepatan

--> Nah duit raya dari cik honney untuk korang semua.. KLIK SINI

3 comments:

  1. wah!! sedapnyer! thanks share resepi ni :)

    ReplyDelete
  2. Nak bakar icing tu guna api bawah jer ke atau atas bawah?

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.