15 August 2012

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT



`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Baju raya dah  beli ke belum???kasut raya dah ada ke belum??tudung raya dan sebagainya lah. Tahun nie Cik honney  beraya ala kadar je, malas nak beriya sangat raya tahun nie, bukan nak pergi mana pun. Maklumlah raya di perantauan gamaknya beginilah rasanya. Cuma tahun nie beriya nak buat biskut raya je makin membuak. Hasilnya sekarang sudah lengkap 7 jenis biskut raya yang berjaya den buat. Yeahh banyak kan, pecah rekod ualls, tahun-tahun lepas 2-3 jenis je den buat. 


    Tahun nie mood rajin datang lebih sikit, jadi dapat 7 jenis biskut raya. Balang biskut ada 6 je, habislah biskut yang ke-7 tu den hidang dalam pinggan je. Itu pun kalau ada yang sudi datang beraya kat rumah den nie. Orait nie biskut yang ke-2 berjaya dibuat. Rupanya cantik dan caranya pun senang je, Cuma...Cuma....Cuma... masa je yang perlu diluangkan lebih banyak sikit.


Resepi: BISKUT SARANG SEMUT
Sumber: Chef Hanielza
Rujukan: Mak sedara den ler...

Untuk adunan nie Cik honney  dapat 170 paper cup

Bahan-bahan
• 250g butter
• 100g gula halus
• 350g tepung gandum (diayak)
• 100g tepung jagung (diayak)
• 1 biji kuning telur
• 1 s/teh esen vanilla
• Chocolate rice/manik untuk hiasan
-paper cup

Cara-cara:-
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Yang tadi tu cara chef hanieliza, ini cara chef  honney pulak(hihihi)..cara nie den ikut cara mak sedara den, sanggup telefon ke utara nun semata-mata nak tanya cara dia buat, dan dibawah nie lah cara yang paling senang untuk buat walaupun makan masa lama sikit.


Cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Bekukan dalam frezzer selamat 2-3 jam(agak-agak boleh sagat(parut))

Masukkan dalam plastik, kemudian letak dalam frezzer selama 2-3 jam

4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup



5. Taburkan coklat rice. Bakar dalam oven dgn suhu 160’C sampai masak (anggaran 10-15 minit)


6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Mudah kan...lagi mudah kalau adunan tu bancuh pagi..tengahari sikit baru parut, then petang boleh masak untuk berbuka.

--SELAMAT MENCUBA-- 


--> Nah duit raya dari cik honney untuk korang semua.. KLIK SINI

6 comments:

  1. wah. dah lama dah cari resepi nie.. nak try buat ;) suke sgt mkn kueh nie ;)

    ReplyDelete
  2. wah. dah lama dah cari resepi nie.. nak try buat ;) suke sgt mkn kueh nie ;)

    ReplyDelete
  3. Kt mane alat parut 2 u beli kasi taunler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parut nie saya dapat free..ada orang kasi hamper sempena aidilfitri...try cari kat Giant ataupun kedai bakery..guna pemarut biasa pun blh..

      Delete
  4. Kt mane beli alat parut 2 kasi tau ler

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com