11 August 2012

ALMOND LONDON CRISPY


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Hai korang yang cantik budiman, dalam kita sibuk menyiapkan keperluan hari raya jangan pula dilupakan malam lailatul qadar atau lebih dikenali dengan malam tujuh likur. Moga-moga kita diberikan hidayat untuk terus beribadat kepada Allah SWT. Dikesempatan itu juga, malam nie Hanis nak kongsikan satu resepi untuk menambahkan lagi menu pilihan  biskut raya. Biskut nie merupakan biskut kegemaran Hanis sekeluarga Sebelum nie tak pernah buat sendiri pun, bonda Hanis  je dok pulun buat, den tolong gentelkan je. Kalau dia mogok tak nak buat, den guna talian hayat. Telefon nenek sedara sebelah ayahanda nun, den panggil tok su. Tok su memang terer buat biskut raya. Macam-macam jenis dia buat kalau tiba syawal. Tiap kali raya puasa memang meriah lah rumah dia.  Disebabkan dulu den tak berapa minat sangat nak mencookies nie jadi guna talian hayat saja lah.. Apa lagi, terus ambil telefon.

Mulalah perbualan antara dua beranak nie.
kring…kring..(telefon rumah tok su bunyi)

Mak Long Ida(anak tok su): Assalamualaikum
Hanis: Waalaikumussalam, mak long apa khabar??? hehehe..
Mak Long Ida: habaq baik, nie kol tersengih-sengih nie saheh ada udang di dalam mee nie
Hanis: aishh mana ada, saja je orang kol tanya khabar.
Mak Long Ida: raya nanti balik ke tak??
Hanis: raya mestilah balik, dah duduk sedarat. Tok su banyak dak buat kuih raya(biskut raya)? berapa jenis??
Mak Long Ida: Amboi kuih yang ditanya, bukan Tanya tok su sihat ke dak..ermm buat la
 juga, along(panggilan family untuk den, maklumlah cucu sulung) nak kuih apa??
Hanis: hehe…tau dah tok su sihat, hehe macam tahu-tahu je. As usual ler mak long, almond london. (Sambil kedengaran suara tok su dibelakang nun)
Mak Long Ida: hah tu, tok su kata dia buat sebalang tuk along.
Hanis: sambil tersengih-sengih, orait gracias tok su…hehe..
Mak Long Ida: tak buat kuih ke tahun nie??
Hanis: buat tapi almond mak tak mau buat dah.
Mak Long Ida: Ermm..tak pe lah balik nanti makan kat sini.


Lebih kurang macam tulah dialog yang selalu den guna, itu tahun lepas. Tahun nie nampaknya sekali lagi kena raya dekat perantauan. Apakan daya disebabkan tugasan yang tidak dapat dielakkan, kami sekeluarga kena menetap lagi di sini. Kuat betul jodoh dekat sini. Nak kena pindah ke semenanjung 3 tahun lepas dan awal tahun nie kena pindah semula ke sini. Disebabkan tahun nie raya puasa, den sekeluarga tak dapat beraya bersama sanak saudara yang dikasihi jadi terpaksalah belajar buta sendiri biskut-biskut raya nie.  Dek penangan Olimpik di London terus teringat tahun nie takkan dapat makan almond london tok su lagi dah...huhuhuhuhu

            Jadi untuk tahun pertama beraya sebagai seorang penganggur terhormat den mula belajar mengikut minat dan bakat terendam(orang kata) yang mula bercambah dalam diriku nie sejak dua tahun lepas, apa lagi kalau bukan bab makan. Orang kata lagi, `Honey` dengan `Lebah` tak dapat dipisahkan, tapi bagi diri den nie Hanis dengan `Makanan` memang tak dapat dipisahkan. Kalau boleh 24 jam mulut keja nak `mengonyeh je`. Orang tua-tua cukup marah kalau mulut nie dok `mengonyeh sentiasa` sebab diaorang kata macam buuuuuu...
KAU: Apa tu??
AKU: Lembu lah...cer korang tengok mulut lembu, setiap minit mesti mengunyah je.

*The moral of story,sapa yang mengonyeh sentiasa tu diibaratkan sama seperti LEMBU...ehh tidaklah macam tu,sebenarnya kalau difikirkan secara positif tak elok mengonyeh sentiasa nie, terutamanya anak dara,tapi kalau mak dara tu lain cerita la ye.

Aduhhh..manyak cakap pulak  ini amoi, orait berbalik pada  tajuk asal. Resepi nie seperti biasa  Hanis ambil dari  blogger masakanyang terkenal sekarnag nie iaitu Kak Ita Masam Manis dan juga Kak Rahel. Banyak juga resepi mereka yang senang untuk diikuti dan hasil yang kebabom. Untuk percubaan kali pertama Hanis  berjaya menghasilkannya dan dapat  177 biji, tapi kalau korang tengok resepi akan dapat dalam 120-150,itu hanyalah anggaran. Bergantung pada size almond yang korang bentukkan dan juga jumlah badamyang disediakan. Untuk resepi nie den buat 124 biji yang ada badam dan selebihnya itu tiada badam dan keputusannya den dapat dua jenis kuih raya. Cuma kena pandai deco bagi berbeza sikit lah.

Belum disalut coklat lagi, tunggu sejuk dahulu baru kita salut. Hanis  salut keesokkan harinya


Resepi: ALMOND LONDON
Rujukan: Kak Rahel.
Anggaran dalam 120 - 150 biji

Bahan-bahan:
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing(kena kurangkan lagi sukatan gula nie untuk tahun depan.)
2 biji kuning telur(Hanis guna putih dan kuning sekali)
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang

Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupnya
Coklat masakan secukupnya(Hanis guna 3 keping)
Badam cincang - yg di panggang

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.


Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing-masing.

--SELAMAT MENCUBA--


--> Nah duit raya dari Hanis untuk korang semua.

10 comments:

  1. wohaaa... sedap2... Ngeee..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya baking cookies.
    Jom singgah and follow http://www.indnazzshoes.com/2012/08/redmummy-dapat-11k-dengan-hanya.html

    ReplyDelete
  3. kat mana2 belog asyiok nampak biskut dr london i..eheheh..sy pun nak buat la

    ReplyDelete
  4. @Crew Fathi Sedap sangat...coklat lagi banyak lagi sedap..hihi

    ReplyDelete
  5. @[DnaZz] dah tak de nak buat apa...kta mencookies jelah...

    ReplyDelete
  6. @[DnaZz] dah tak de nak buat apa...kta mencookies jelah...

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com