3 July 2012

Travel to Kuching: On the Way (Part 02)


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Percutian kami kali ini menggunakan jalan darat, naik kereta ler jawabnya sebab banyak barang Cik Moon yang perlu dibawa, kalau boleh rasa macam nak bawa semua je tapi apakan daya bonet kereta tak muat ler. Tempoh perjalanan hampir 7 jam lebih dimana jarak perjalanan dari Sibu ke Kuching hampir 400 km lebih. Bertolak pukul 5.50am sampai di Kuching lebih kurang pukul 12.15pm

Percutian kali pertama kali Cik honney untuk tahun ini, sudah pasti banyak gambar-gambar dan tempat menarik yang sudah dirakamkan dan dicatit untuk dikongsi dengan korang semua. Dari tempat tidur hingga ke tempat makan. Jangan risaulah kalau korang nak bercuti ke Kuching, khuatir takut tak ada tempat makan yang halal dan juga tempat penginapan semuanya mahal-mahal belaka. Kadang-kadang tu teringin juga nak tengok tempat orang walaupun dalam negara sendiri. Bak kata pepatah “Hujan emas di negara orang, Hujan Batu di negara sendiri”.

Untuk PART 02 nie korang layan dulu gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan Cik honney dari Sibu ke Kuching.

Gambar 1:-
1-      One the way ke highway.
2-      Atas jambatan sungai sibu, dah macam jambatan pulau pinang.
3-      Bayaran yang dikenakan untuk setiap kenderaan(motosikal-RM0.50[jangan tak tahu moto kat sini kena bayar tol tau], kereta-RM 3 dll)
4-      Tol
5-      Jalan di sibu sedang diperbaiki
6-    Lori yang membawa muatan yang berat. Bahaya kalau ikut rapat-rapat, nak selamat kena potong cepat-cepat.

Gambar 2:-
1 dan 2- Sepanjang perjalanan ke Kuching korang akan jumpa banyak jambatan
  macam nie, Batang/ Sungai yang nama dia agak pelik sikit.
          3- Sudah hampir ke area Betong
          4- 8 km lagi ke Betong

Gambar 3:-
Sepanjang perjalanan ke Kuching nie memang kiri kanan korang akan dipenuhi dengan hutan je, ada juga tanaman-tanaman yang menyejukkan mata. Cantik, nampak udara segar je. Macam suasana kampung. Nie antara penanaman yang menarik minat Cik honney iaitu Penanaman Pokok Lada Hitam.

Gambar 4:-
1-      Antara rumah panjang yang berjaya di-snap.
2-  Setelah 3 jam perjalanan, baru jumpa Petronas Ulu Layar dan tempat perhentian di sebelah kiri(tempat makan kat sini ada tapi dinasihatkan better korang bawa bekal dari rumah). Surau pun ada disediakan kat area sini. Kami sekeluarga berhenti sarapan kat sini(bonda Cik honney sudah siapkan bekal).
3-      Mulakan perjalanan semula.
4-      Baru nampak signboard ke bandaraya Kuching.

1-      Pasar harian di Lichin
2  hingga 4- Antara barangan yang dijual di pasar harian Lichin.
     5 dan 6- Madu asli turut dijual kat sini.
               9- Tandas awam di Pasar Lichin, cantik dan bersih tandas nie, bayar 20 sen je.
   8 dan 10- Antara makanan ringan yang dijual kat pasar nie

Gambar 6:-
               Selamat datang ke Bandar Serian, tudia durian besar punya. Tempat nie famous    
               dengan  durian, tapi kena tunggu musim durian lah.

Gambar 7:-
               Selamat datang ke Sri Aman, tempat nie popular dengan pesta benak(ombak di   
               sungai), ramai pelancong luar datang ke sini. Pernah masuk Majalah 3 baru-baru 
               nie.

Dalam pukul 12.15 pm kami sampai di Kuching setelah berhenti beberapa kali untuk berehat, makan dan sebagainya.

Dimana kami menginap semasa di Kuching nie nantikan pada entry yang akan datang.

Pstt~Nantikan kesambungannya di PART 03 nanti..

10 comments:

  1. InsyaAllah...moga2 cik honney jugak dapat masuk u t..^_^

    ReplyDelete
  2. aku dah g semua tempat kat sarawak kecuali kapit hehe

    ReplyDelete
  3. uish..cam menarik je pesta benak tu...

    penah g sekali je Kuching..pastu ada pegi pasar yang kalau kol 10 dah panas 'menggigit' tu...haha...

    ReplyDelete
  4. @Farah Zawani Zulkifli Amin...harap kita daapt bersyahid dalam pelajaran ladi...huhu

    ReplyDelete
  5. @Kakiwayang.comoic...pesta benak tu orang ckp best, tp xtahu ler bila dpt nak tgk live..pasar serikin...panas ya rabbi kan..tp byk brg murah2x kat situ

    ReplyDelete
  6. @Blog Epic Scene oh ye ke?? kapit kena pergi naik bot klu nak pegi sna

    ReplyDelete
  7. lulu tak pernah sampai lagi sarawak.. tapi tengok entri ni, memang banyak yang menarik kat sana kan..

    ReplyDelete
  8. hi...singgah sini melawat kamu..;-)

    pintu gerbang tu nampak sangat mengalu2kan kedatangan pelancong ke sana...

    http://skuterlady.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. wahhhh bestttnya pegi cuti2 malaysiaaaa hehehehe

    ReplyDelete
  10. errrr... Baru tau yg sarawak ade tol... Hehehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com