2 July 2012

Travel to Kuching: Homestay (Part 03)

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Masih dalam mood bercuti lagi, kali ini  Cik honney nak kongsikan tempat kediaman jika korang pergi bercuti di area Kuching. Kali nie Cik honney sekeluarga membuat pilihan untuk menginap di Homestay, lebih jimat dan lebih selesa. Maka seminggu sebelum bertolak Cik honney pulun search Mr.Google untuk cari homestay yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Akhir sekali berjaya jumpa satu laman web nie, Korang boleh scroll ke bawah kalau nak tahu info lanjut. Semalaman hanya RM 150.

Gambar di ambil dari blog En. Azman
 
2 Bilik yang ada katil kelamin, satu bilik lagi katil bujang.

                Kami tinggal hanya dua hari, jadi total RM 300 je. Murah kan, bilik pun ada 3, 2 katil kelamin 1 katil bujang dan dua bilik air. Memang sesuai sangatlah. Kalau tinggal di hotel siap ler 5-6 ratus. Nak tidur hotel kena ambil 2 bilik baru muat. Satu bilik mana muat. Kita kenalah bijak dalam membuat pilihan. Okey!!
           
            Homestay yang dimaksudkan `Pak Long Homestay`(For Muslim Only), Rumah Corner Lot. Terletak di Taman Bestari 1, Samarahan.

   Dapur dan Ruang tamu

            Segala keperluan di dapur sudah disediakan. Nak masak sendiri pun boleh. Pinggan mangkuk, periuk nasi, dapur semua disediakan. Korang hanya perlu beli bahan-bahan nak memasak je.  Peti sejuk pun disediakan. Betul-betul rasa macam duduk di rumah sendiri ler. Kalau tak nak masak boleh je makan dikedai makan yang disediakan. Nak tahu kedai makan mana yang menjadi pilihan Cik honney korang kena lah tunggu entry seterusnya. Nantikan PART 04 ok.

Rumah corner lot.

            Nak maklumat lanjut tentang homestay nie, korang boleh hubungi En. Azman di talian 012-8911376  atau boleh ke laman blog beliau sendiri di SINI.

Sedikit info tentang PAK LONG HOMESTAY:-
(info ini Cik honney copy paste dari blog En. Azman sendiri )

PAK LONG HOMESTAY terletak di Taman Bestari 1, Kota Samarahan

Kemudahan: -
 - Set kerusi jati dan televisyen di ruang tamu.
 - 3 bilik tidur / 2 bilik air
 - Aircond di bilik utama, kipas di 2 bilik lain.
 - 2 katil kelamin dan 1 katil bujang.
 - Toto dan bantal ekstra.
 - Seterika, iron board dan penyidai kain(mesin basuh pun ada tau)
 - Kemudahan memasak (peti sejuk, dapur gas, rice cooker, alatan memasak dan pinggan mangkuk)

Description:-
- Terletak di Kota Samarahan.
- Lebih kurang 30 minit dari pusat bandar.
- 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
- Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan ke Pasar Serikin, Bau.
- Berdekatan dengan UNIMAS, UiTM dan MAKTAB PERGURUAN (IPTAR).
- Mudah untuk mendapatkan kedai-kedai makan dan supermarket kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Samarahan.
En.Azman juga turut menyediakan kemudahan kereta sewa MPV Toyota Unser RM170/sehari

Untuk maklumat lanjut sila lawati blog beliau àhttp://kuching-homestay.blogspot.com
Hubungi : En, Azman 012-8911376/
Emel : [email protected]

Psttt~ Jangan lupa baca PART 04 okey!

1 comment:

  1. Cantiknye homestay ni... Lengkap giler. Boleh buat trip ke sana ni... Hehehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com