30 July 2012

PENGHINAAN KEPADA NABI MUSA A.S !! (adakah ada maksud tersiratnya??)

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


Salam malam 11 Ramadhan, Cik honney baru baca entry nie di facebook, banyak juga komen-komen yang positive dan negative tentang hal ini. Ada yang sedap didengar dan ada yang kurang enak didengar.  Cik honney bukan arif dalam bab agama nie tapi janganlah kita melatak dan memaki hamun tanpa kaji selidik, baca dan fahami dulu. Tak faham kita rujuk pada orang yang lebih arif. Apa-apa pun korang bolehlah masuk laman facebook masing-masing dan klik sumber yang telah dinyatakan dibawah sekali. 


::KEBETULAN ATAU SENGAJA::


PENGHINAAN KEPADA NABI MUSA A.S !!
LIHAT GAMBAR INI..INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012..!
SILA AMBIL PERHATIAN WAHAI KAWAN-KAWAN SAYA YANG PERCAYA KEPADA ALLAH SWT DAN RASULNYA..

DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU.
LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN..
MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM..

SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT..
KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..
NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA..
NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKANATULLAH.
DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA.

GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA..
MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT..
DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8CM = 18.2 M

BUKANKAN KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER????
WALLAHUALAM..SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI-BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU.
CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA.

INSYAALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN.SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA.
WALLAHUALAM.ALLAH MAHA BESAR.!

LINK DIBAWAH INI ADALAH AGENDA OLIMPIK 2012.
SEMOGA MALAPETAKA TIDAK AKAN BERLAKU PADA TEMASYA BESAR INI.KERANA MEREKA PASTINYA AKAN MELAKUKAN UPACARA PEMBUNUHAN BESAR-BESARAN UNTUK MELAKSANAKAN PERANG TERHADAP ISLAM.

SEBARKAN...!!


Pandangan dari saudara Hilal Asyraf pula adalah seperti berikut:-

‎[OLIMPIK LONDON 2012 = PERANCANGAN ILLUMINATI ?]

Olimpik London 2012 = Perancangan Illuminati untuk menimbulkan kehuru-haraan.

Orang mula menghujani perkara ini di inbox saya. Soalan meminta pengesahan.

Maka di sini respon saya.

1 - Saya tidak pasti. Ada kemungkinan benar, dan besar kemungkinannya ini hanyalah paranoid sahaja. Orang membuat kajian, kita respect usahanya mengkaji. Benar atau tidak benar, kelihatan terlalu paranoid atau tidak, itu bergantung.

Kadangkala perkara-perkara konspirasi ni, sampai The Awakening Record(lambang dia Piramid) pun dituduh ejen Freemason. Angkat tangan kat dada sikit je, sudah dituduh upacara sembah Tuhan Matahari. Jadi kadangkala, ianya terlalu melebih-lebih.

Nak percaya 100% tak boleh, nak tolak 100% pun sebenarnya tak boleh juga.

2 - Cumanya saya suka la bila isu ini dibisingkan, untuk mengajak saudara-saudari yang ada di Page Hilal Asyraf(Official) ini muhasabah sebentar.

Kita lihat ya, gempak benar kita bila mendedahkan perancangan Freemason dan Illuminati. Kita hanya mampu tercengang, takut, tergamam, dan berharap ianya tidak terjadi, apabila setiap perancangan mereka didedahkan.

Nampak lemah sangat kita ni kan?

Kalau ianya didedahkan pun, kepada kuasa mana di atas muka bumi ini selain Allah SWT, mampu kita harapkan untuk menjadi wakil kita menghalang perancangan Illuminati dan Freemason?

Tiada. Ya, tiada.

3 - Ini adalah bukti betapa lemahnya kita. Hanya mampu mendedahkan, share, kemudian berharap dengan harapan kosong. Masalahnya di mana?

4 - Masalahnya adalah pada diri kita. Kita benci Illuminati dan Freemason, takut dengan perancangan mereka, gerun dengan betapa telitinya mereka. Namun kita sendiri tidak berusaha membina diri kita, mengumpulkan kekuatan kita, merancang perancangan dan strategi kita.

Kita tidak punya projek untuk membangunkan ummat ini, kita tidak punya strategic planning untuk menumbangkan sistem jahiliyyah hari ini.

Kita biarkan diri kita menjadi hamba kepada sistem, kita biarkan minda kita dibasuh dengan tatacara hidup barat, mengkagumi selebirti-selebriti, larut dengan hiburan.

Ada dari kalangan kita berdakwah, namun sekadar sibuk menjadi jaguh di Masjid, bergaduh sesama sendiri, dan sibuk membicarakan perkara yang tidak membangunkan minda serta ummah.

5 - Kemudian bila terdedah kepada kita perancangan Illuminati dan Freemason, yang sebenarnya kita sebarkan hakikatnya bukanlah awareness, tetapi KETAKUTAN kepada Illuminati dan Freemason itu sendiri, sekaligus bertepatan dengan perjuangan Illuminati dan Freemason yang mahu memperhambakan kita.

Kita hanya mampu TAKUT kerana?
Kerana kita sendiri, sepanjang umur kita ini, tidak pernah bersedia, membina kekuatan, melaksanakan strategi, mengumpul angka mereka yang sudi mahu berjuang, melahirkan pemimpin-pemimpin yang mantap, membina minda, membina daya saing kepada jahiliyyah yang kini memegang sistem hari ini.

Akhir kata daripada saya akan hal ini,
bukanlah kegemparan dan ketakutan terhadap Illuminati dan Freemason untuk rancangan mereka pada Olimpik 2012 ini(jika benar) yang patut kita besar-besarkan.

Tetapi malulah pada diri sendiri,
kerana hanya mampu takut dan gentar,
dan terpana dengan 'kelicinan, kelicikan, kebijakan mereka dalam merancang dan menyusun pergerakan'.

Marilah kuatkan diri.
Bina peribadi.
Masyarakat.
Keluarga.
Negara.

Kembalilah kepada Islam yang sebenarnya, memperbaiki diri dan mengajak orang lain. InsyaAllah, bermula dari situlah akan datangnya kekuatan kita.

Sekian, WaAllahualam.


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.