26 July 2012

Resepi Oreo Blueberry Cheese Cake(non baked)

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Salam hari ke-6 ramadhan, ada sesiapa yang dah ponteng ke?? shttt...kantoi..haha.. hari nie Cik honney nak share satu resepi yang mudah bagi penggemar cheese. Sesiapa yang tak minat cheese tu anda tak perlulah setia pada entry kali ini. Pada peminat cheese korang kena sabar okey entry kali nie merupakan entry paling panjang semenjak den terlibat dalam dunia blogging nie, mau 4 pages woo. Step by step i tell u okey!

Resepi kek kali nie adalah resepi yang paling mudah di seantero ini yang tidak perlu oven untuk memasaknya.
Kek apa tu yang tak perlu oven nak masak??

Kek tak masak ke??

Kek plastik ke??

Hadoiii..manyak soal, mana satu mau jawab ooo...baca lagi sampai bawah kalau nak tahu kek apa yang tak perlu bakar guna oven.

Agak-agak nie kek apa ye??

            Resepi yang dimaksudkan adalah Oreo Blueberry Cheese Cake(non baked). Wah glamerous habis nama kek tu ualls. Amacam kelassss ke tidak??? Semua dah terliur sakan dah, pape pun korang lap dulu air liur yang menitik kat keyboard tu..hehe..

            Resepi nie ramai yang pernah cuba dan alhamdulillah menjadi. Cik honney pun  dah lama nak buat selepas resepi Kek Keju Oreo Kak Ita Masam Manis keluar di majalah Saji keluaran Mei. Sejak jumpa cream cheese dan mozzarella cheese kat kuching bulan lepas(mahai giler mozzarella cheese tu, sayang mau makan), semangat makin berkobar-kobar nak membuatnya, maka pada hari last sebelum puasa den berjaya menghasilkannya. Sambil taip entry nie pun cheese cake tu masih ada sesuku lagi tau, di dalam peti sejuk nun, penat den nak telan sebiji bagi habis (my adik tak suke makan cheese cake nie, dia cakap kek tak masak..huhuhu,sedih giler wei) Tambahan pula cikgu dia cerita cheese nie diorang buat sampai dah berkulat baru di packing untuk di eksport ke serata dunia, durmm fakta ke auta nie?? Mahal punya cheese nie ko cakap tak sedap adik, ciss lidah plastik ke lidah batu ko nie, yeahh den hanya mampu bersabar jelah. Sabar honney  sabar…Orait balik ke pangkal jalan semula.

Diikutkan kalau korang search google banyak resepi cheese cake yang dicadangkan sama ada blueberry, strawberry, blackberry(opss ada ke blackberry??) dan sebagainya. Resepi asal menggunakan Gelatin(kalau nak halal guna jenama ‘Nur’) tapi honney gantikan dengan serbuk agar-agar jenama ‘Nona’(dijamin halal toiyiba). Untuk crust dia korang boleh guna digestive biscuit nie ala-ala secret recipe atau guna kek span atau follow den guna Oreo. Orait itu serba sedikit info asas yang perlu diketahui. Nak tahu lebih-lebih scroll bawah sampai habis.
           
            Untuk resepi nie den agak rajin untuk tunjukkan step by step untuk membuatnya. Harap dapat membantu korang sebanyak yang mungkin. Cuma kalau dah try tu jangan lupa kasi feedback ok. Kalau korang ada belog juga kasi je link korang tu nanti Cik honney letak link korang dibawah entry resepi den nie. Ok, deal??? 

Orait, sebelum den terlupa. Nak buat kek non-baked nie seeloknnya gunakan spring form(rujuk gambar) untuk mudahkan anda keluarkan kek tu selepas dibekukan semalaman. Kalau tak ada bekas tu guna loyang kek biasa pun okey tapi nak keluarkan kek nanti agak sukar lah takut hancuss kek superb marvelous korang tu. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat kek superb glamerous nie (penat den mau spell berulang-ulang) ialah:-

Resepi: Oreo Blueberry Cheese Cake(non baked)
Sumber: A.K.Umy recipe.com
Rujukan:  Majalah Saji keluaran Mei 2012.


NOTA: Sebelum memulakan proses mencheese cake nie sila sediakan loyang atau spring foam anda dahulu. Alaskan guna aluminium foil atau baking paper like me. Tak faham?? *rujuk gambar di atas

Bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan A:-
2 bungkus OREO
50 gram buttercup 

Cara-caranya:
1-    Asingkan marshmallow dari biskutnya kemudian hancurkan guna pengisar kering, tak ada pengisar guna cara tradisional dengan masukkan biskut tu dalam plastik kemudian ketuk-ketuk kat dinding bagi hancur(pandai-pandailah korang buat.)*rujuk gambar 2


2-    Butter perlu dicairkan guna kaedah double boil pun okey guna pan letak atas dapur pun okey. Pilihlah cara yang mana korang suka, den guna cara mudah lagi senang letak butter atas pan kemudian ketik dapur gas biarkan dia cair sendiri(INGAT!! Api sederhana sahaja okey nanti kalau api besar warna butter bertukar perang dan rasanya pun akan bertukar. Please take a note!!) kemudian biarkan butter tu sejuk seketika. Sambil-sambil tu sila sediakan bahan yang seterusnya.


Bahan B:-
-250 gram cream cheese jenama TATURA (ikutlah jenama apa yang halal dan ada di tempat ada)*mesti dalam suhu bilik, kalau simpan dalam peti sejuk makesure letak diluar sejam sebelum digunakan.
-80 gram gula kastor(agak-agak ½ cawan)
* tiada gula kastor, no problem guna je gula apa yang ada kat dapur korang kalau gula pasir makesure kisar bagi halus dulu then guna ½ cawan sahaja. Gula kastor tu kurang manis dari gula pasir so agak-agak la ye, jangan hentam secawan dah ler nanti ada yang masuk wad puasa-puasa nie. Ingat kurangkan manis dalam makanan lebihkan manis dalam senyuman..hehe
 -250 gram whipping cream jenama Aria(jenama Anchor pun ok, yang penting halal, tak tahu benda ape tu sila tengok gambar, tak tahu juga pergi google and search dulu, tak tahu juga pergi je kedai bakery minta whipping cream. Tak tahu juga pergimain jauh-jauh nanti wa kasi pelempang baru tau.)
-5 sb serbuk agar-agar tanpa pewarna(den guna jenama NONA, dijamin halal)*resepi asal guna gelatin, gelatin halal sukar diperolehi kat sini.(my place la)
-50 ml air atau ½ cawan
- 1 sk esen vanilla atau perahan lemon.(den guna esen vanilla je)

*sk-sudu kecil
*sb-sudu besar

Bahan untuk Hiasan:-(optional)
Biskut Oreo
Filling blueberry yang telah dicairkan dengan sedikit air

Cara-caranya:-
1-    Panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan serbuk agar-agar(agak-agak dak likat, kalau cair tanpa lagi serbuk agar-agar).

2-   Sementara nak tunggu air mendidih korang balik semula ke bahan A tadi gaulkan butter yang telah dicairkan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan atau dikisar. Gaul hingga sebati(den gaul dalam pan tu je *rujuk gambar) kemudian masukkan dalam loyang atau spring foam yang telah dialakan dengan aluminium foil atau baking paper. Ratakan dan jangan tekan kuat-kuat hingga padat, nanti masa potong susah nak tanggal, cukup sekadar kasi rata je. Kemudian masukkan dalam peti sejuk atau frezer.

3-   Air dah didih masukkan serbuk agar-agar (gambar 1), make sure bagi larut betul-betul dan larutan akan jadi likat apabila anda angkat sudu tersebut (gambar 2). Kemudian mixer cream cheese dan gula kastor hingga lembut dan berkrim(jangan lama-lama nanti tekstur dia rosak, agak-agak dah lembut dan sebati okey ler tue.)(gambar 3)

4-  Kemudian ambil spatula atau senduk kayu masukkan agar-agar tadi dan kacau hingga sebati. Tambahkan sedikit esen vanilla atau perahan lemon. Kacau hingga sempurna.(gambar 4)


5-     Dalam bekas lain, mixer whipping cream hingga gebu dan kental(nie pun jangan mixer lama-lama nanti dia berketul-ketul dan tekstur akan rosak,cukup sekadar dia sebati dalam 3-4 min)(gambar 1). Masukkan ½ whipping cream ke dalam adunan cream cheese tadi. Guna kaedah kaup balik adunan hingga rata.(gambar 2).Tambahkan baki whipping cream yang selebihnya dan kaup balik hingga sempurna. Masukkan adunan dalam piping beg (gambar 3) 


6-   Kemudian piping kan ke atas Bahan A tadi(gambar 1-2). Masa nie nak lapis dengan biskut oreo pun boleh. Dah siap masukkan dalam peti sejuk paling kurang 5 jam. Den letak semalaman. Buat malam esok pagi breakfast cheese cake. (gambar 3)

7-  Dah beku semalaman bolehlah keluarkan kek tersebut perlahan-lahan dan hias dengan filling blueberry dan sedikit biskut oreo. Ikut kreativiti anda, den bukanlah anak seni jadi den buta seni, hias ikut hati perut diri den sendiri je. Orait, siap!

--SELAMAT MENCUBA--

Apalagi korang tunggu tue, moh pegi serbu pasaraya yang berdekatan rumah untuk membeli bahan-bahannya. Nak lagi mudah korang listkan barang-barang yang perlu kemudian pergi kedai bakery kasi kat amoi jaga kaunter tu kemudian korang cakap `Amoi, saya mau barang-barang nie, lu tolong cari boleh, wa tarak tau oo` confirm dia mesti carilah la, korang hanya siap duit saja maa. Kos untuk buat kek nie, wa tarak sure oo, sebab banyak barang dah sedia ada kat rumah, maklumlah wa kuat makan. Yang masih ingat harga cream cheese nama Bandar dia krim keju tu RM 8.60, whipping cream atau nama bandar dia krim putar tak lebih dari RM 10 lebih dari RM 5, Oreo dua bungkus RM 6. Itu harga barang di Sibu, wa jamin di tempat lu orang manyak murah woo...so selamat berbelanja ok. Dah jadi kasi tau sama saya, tak jadi diam-diam saja, haha. Tak de lah. Den sure kalau korang ikut 100% apa yang telah dihuraikan kali nie mesti jadi punya. Resepi asal yang den dapat pun tak de panjang lebar macam nie. So, I hope my explanation can help your guys ok. 

*kalau tak faham jangan segan silu komen kat bawah ok, orait selamat mencuba.

7 comments:

  1. Fuyoooo, sedapnyeeee.. buat kat aku nanti taw..

    ReplyDelete
  2. whipping cream tu boleh pakai jenis anchor tak?

    ReplyDelete
  3. Air yg nk dipnskn tu brape banyk ye??
    kalau x gne piping bag xpe ke..just ltk gitu je cream cheese tu..

    ReplyDelete
  4. Air yg nk dipnaskn tu brape banyk ye?
    Kalau x gne piping bag xpe ke..just ltk gitu je cream chees tu..
    Lgi satu klo gne pengisar telur tu je boleh x nk adunkn creamchees n gula tu sbb sye xde mesen die tu la..

    ReplyDelete
  5. Hi, whippimg cream tu dairy @ nondairy?

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com