22 July 2012

Pengalaman Malam Pertama??

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Salam hari ke-2 Ramadhan, sepatutnya entry kali nie patut di publish semalam tetapi disebabkan line internet disini tersangat low dan telah menyukarkan Cik honney untuk meng-update blog. Dikesempatan dapat berblongging nie, honney nak minta pandangan anda tentang entry kali nie(harap sangat korang dapat kasi sedikit pendapat di komen nanti.)

            Bermula 21 julai kita semua di wajibkan berpuasa di bulan Ramadhan yakni semalam, Maka pada malam 21 julai kita sudah mula berterawih. Malam Pertama?? Sah ke??(korang fikir apa nie??) Yapp malam pertama honney  berterawih di tempat baru memang penuh jemaah datang sampai jemaah wanita kena solat diluar(sedih y’alls) maklumlah masjid di taman kediaman honney nie kecik je, jadi jemaah wanita kena solat diluar(bukan di atas rumput). Tempat tu ada bumbung, kipas besar dan ditutup sekeliling dengan penghadang, Cuma terbuka dibelakang je.(bayangkan!) Bagi honney masjid tu dalam proses untuk besarkan lagi tempat untuk beribadah, maklumlah jemaah makin hari makin bertambah(syukur Alhamdulillah walaupun hanya hari-hari tertentu sahaja.)
           
            Jemaah hanya penuh dan padat pada awal terawih sahaja, masuk rakaat ke-9 semua dah pakat-pakat nak balik (almost orang kat sini buat 8 rakaat sahaja) yang tinggal hanya ¼ jemaah sahaja. Mulalah suara kanak-kanak bersorak sana sini, tadi sebelum rakaat ke-8 memang diam sepi tak terkata, khusyuk je dengar suara iman. Saf jemaah plak memang tak rapat la masa nie semua dah terpelohong sana sini termasuk saf di mana honney berdiri. Persoalannya:
                                             “Sah ke solat terawih ku tadi??”

            Dah habis rakaat ke-9 honney  mula berubah tempat penuhkan saf dihadapan(line ke -2). Rupa-rupanya saf depan sekali(line 1) banyak lagi yang terpelohong sana sini(boleh muat 2-3 orang lagi)baru den nak gerak penuhkan saf depan sekali tu Imam dah angkat takbir. Niat di hati terbantut lagi. Waktu nie memang den tak khusyuk dah sebab dalam fikiran termain-main “Sah ke solat terawih ku nie??”, Kenapa?? kenapa?? kakak-kakak, mak cik-mak cik tu tak nak penuhkan saf depan dan kalau korang tanya honney “Kenapa kau je tak pergi depan terus tadi?” Orait, honney  jawab “memang den nak pergi penuhkan tapi semua orang dah pakat-pakat angkat takbir agak tak sopan kalau lintas depan orang solat.”

            Habis je rakaat 10, terus den cepat-cepat pergi ke saf depan sekali(sambil toleh belakang), yang pelik bin hairannya masa nie lah akak-akak dan mak cik-mak cik tadi mula bergerak penuhkan saf-saf yang terpelohong sana sini tadi tu.

            Durmm…den terkedu seketika, What The Fussss…. maknanya semua tahu saf masing-masing terpelohong sana sini, tapi tak nak ubah tempat maklumlah tempat asal mereka betul-betul bawah kipas. Sayang nak ubah tempat ke depan sebab nanti tak kena kipas, Panas! heh nanti api neraka lagi berganda-ganda panas lah. Astagfirullahalazim, den terus menunaikan ibadah terawih sampai habis. Balik rumah terbayang-bayang situasi nie sampai ke tidur.

6 comments:

  1. Sah solat tu walaupon jemaah tu tak rapatkan saf.., cume pahala berjemaah tu hilang je..cume nak bgtu, kalau nampak saf kosong kat depan, boleh bergerak walaupon dah takbir... Tak salah pon.. Walluahalam,,, ape yg tau kongsi bersama,,, nak kan dalil dalil tu, tak sempat nk bukak kitab..hehehe tnye ustaz kalau nk dalil

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Sekadar berkongsi apa yang tahu.

    kes cik honney ni,solat cik honney sah,cuma pahalanya kurang

    sebab? = tidak khusyuk..(mudah2an solat berjemaah dapat tampung kekurangan itu,aamin)

    soal saf xpenuh tu,bg waalid :

    1) diorang xbergerak time solat sebab mungkin tidak mengetahui akan keharusan memenuhkan saf ketika solat...so,mrk bimbang kalau bergerak kan,batal solat-sebab itu perlunya ilmu dalam bab solat ni..^_^

    2) tidak mengapa kalau bergerak memenuhkan saf(melintas depan orang lain) sekiranya orang yang sepatutnya bergerak memenuhkan saf tidak berganjak dari tempatnya.Tapi terlebih afdhal dia yang penuhkan saf itu.

    sama-sama tambah ilmu berkenaan solat..insyaAllah...=)

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. emmm... biasa camtu... semua nak cari tempat selesa...

    ReplyDelete
  4. cik honey
    nie tutorial yg awk minta tu :)

    http://bakul2011.blogspot.com/2012/07/pasang-tabber-widget.html

    ReplyDelete
  5. dia ikt kira templete jugak...awk guna picture window x? & guna picture window pun kena tukar backgroud bagi semua putih mcm cm kalu x mnjdi jugak

    ReplyDelete
  6. cuba wat tuto nie mst lgi kemas blog awk :)

    http://bakul2011.blogspot.com/2012/06/tukar-warna-background-picture-window.html

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.