2 July 2012

Travel to Kuching: Persiapan (Part 01)

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Hai korang!, setelah sekian lama Cik honney menyepi diri dari meng-update  wadah berbicara blogspot.com yang dah berhabuk sudah nie, seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas honney akan menceritakan sedikit pengalaman ketika menghantar cik moon ke UITM, Samarahan sambil bercuti di Kuching, Sarawak bermula entry ini dan entry-entry akan datang. Bermula Part 01 nie hingga ke Part yang ke berapa itu tak pasti, rasanya banyak part kot.

Den sebenarnya tengah buntu nie. Tak tau macam mana nak cerita kat hampa semua pengalaman den pergi ke Kuching itu hari. Tak tau macam mana nak divide entry ni. Tak tau nak pilih gambar yang mana satu. Tension pulak rasanya bila nak update blog nie. Entry kali ini mengisahkan tentang keperluan yang diperlukan ketika bercuti.

Orait, setiap percutian kenalah plan betul-betul walaupun percutian cik honney nie boleh di ibaratkan sebagai “sambil menyelam kita minum air” dan bukannya totally 100% holiday. Perasaan tergesa-gesa dan berpeluh-peluh takut terlupa bawak barang itu sungguh intense. Rasa berdebar-debar itu seperti memasuki Amazing Race!! Semuanya nak buat last minute.


Beg polkadot beranimasi (euww what a name, I don’t know!) berisi pakaian keperluan seperti baju, seluar dan sebagainya lah. Beg HONDA berisi telekung dan sejadah kecil serta tuala dan selimut.


Beg bunga-bunga bak seindah sakura mengandungi barangan seperti  GELIGA muscular balm (untuk sakit otot atau pening-pening kerana panjang mau langkah), cotton bud, olive oil, serta barangan kosmetik seperti deodorant, moisturizer, lipbalm, bedak kompek dan perfume.

Dah siap-siap kemas semua barang nie, akhirnya get ready untuk bangun awal pada keesokkan harinya. Kami bertolak pukul 5.45am selepas subuh dari Sibu ke Kuching.  

Psttt~Nantikan Part 02 pada entry yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.