4 June 2012

RESEPI TART TELUR YANG MUDAH DAN SEDAP

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


Orait..setelah sekian lama Cik Honney  tak update blog sebab kemalasan melanda dengan tengah kemaskini blog nie yang akan berwajah baru tak lama lagi. InsyaAllah. Jadi segala kesulitan dan kekurangan ketika anda menerjah blog ini haraf dimaafkan ye. Bersamaan bulan Rejab yang mulia nie Honney  mula berpuasa sunat, moga-moga hidup ini lebih diberkati. Korang pulak macamana??? yang kaum hawa tu dah ganti habis ke belum?? kalau belum cepat-cepatlah ye tunaikan.


Walaupun baru sehari berpuasa, kononnya nak berhenti mengunyah sekejap, rehatkan mesin perut yang selalu berputar tak henti-henti nie jadi hari nie kita tutup dulu masuknya berpuasa ler (itu ayat ayahanda yang selalu guna). Walaupun tengah berpuasa otak nie sentiasa berligat berfikir makan..makan..makan..dan makan...jadi tak nak terliur dan kempunan den putuskan nak buat Tat Telur aka Egg Tarts. Sekali skala nak wat tajuk bahasa omputeh sikit biar grand padahal hasilnya tak grand mana pun. Disebabkan tengah puasa, yang menjadi tukang rasa den kali nie merangkap tukang kritik ialah Cik Moon ler. Sapa lagi kan. Then selepas siap Budak Kechik requst untuk dibuat raya nanti. Amboi dik puasa pun belum lagi. Yeahh, akan den buat lagi tapi kena baut kecik sikit. So sekarang masa untuk mencari bekas tat yang kecik plak.


            Resepi nie boleh katakan senang juga tapi bab nak jaga shell tak mau bagi rentung tu yang seksa ya rabbi. Lepas tu nak bakar filling dia kasi masak lagi. Memamng mencabar iman dan kesabaran den. Total masa yang digunakan ketika membuat nie adalah lebih kurang 3 jam lebih juga lah dan berjaya memperolehi 18 tat telur dan 3 filling saja yang lebihan.

            Nak tahu macamana nak buat senang je, korang ikut step by step seperti resepi dibawah. InsyaAllah menjadi sama macam kat kedai.

TART CRUST ATAU SHELL

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla (Honney tak letak, kehabisan stok dan malas nak keluar p beli)
acuan tart (tengok gambar)

Shell yang putih melepak.

Cara membuat shell:
1.      Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2.      Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3.      Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4.      Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5.      Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman. .( Honney  simpan 30 min je)
6.      Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Ini dia shell yang sudah dibakar.

7.      Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar-benar sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur.

  
Filling Untuk egg tarts

Bahan untuk filling :
1 cawan susu cair .( Honney  guna 1½ cawan susu cair)
4 biji telur
1 cawan gula halus.( Honney  guna ¾  cawan gula, lepas nie kena kurangkan lagi)
1 cawan air .( Honney  guna ½ cawan air)
1 sb tepung kastard .( Honney  guna 3 sb tepung kastard)
1/2 tsp vanilla essence .( Honney  tak letak)
2 titik perwarna kuning telur .( Honney  tambah)

Cara membuat filling :
1.      Pukul gula dan telur.( Honney  mixer lebih kurang 5 min )
2.      Masukkan semua bahan filling yang belum dimasukkan lagi dan kacau sebati. (Honney bancuh tepung kastard dengan sedikit susu cair tak nak kasi berketul-ketul)
3.      Mas tapis bancuhan filling tadi. (Honney pun tapis juga)
4.      Tuangkan pada shell yang dah masak tadi.  Agak-agak nampak macam smooth je dah kekuningan orengean tuh masak la tuh ! tunggu sejuk baru makan!

5.     bakar pada suhu 190c selama 10-15 minit dengan api atas bawah. (masa nie kena jaga api betul-betul kalau tak memang jadi dayang senandung ler)

before

After..
see..dah macam tat telur bercoklat. atas tu gelap betul tapi bla tengok side dia putih je.. Akan diperbaiki lagi

Filling sahaja.

--SELAMAT MENCUBA--




1 comment:

  1. wahhh..tart telur..sedapnyeee...pandai cik honney buat...boleh cuba nie..terima kasih kongsi resepi... :)
    http://www.surijunior.com/

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com