7 June 2012

RESEPI CUCUR BADAK


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Hye y’all. Cuti-cuti sekolah nie duduk rumah mesti lapar kan. Apa kata kali ini, korang cuba resepi nie.  Inti cucur badak nie lebih kurang sama cara penyediaan dengan inti PULUT UDANG yang telah dipublish pada entry yang lepas. Menurut empunya resepi nie dia mendapat 16 biji cucur badak. Jadi Cik Honney telah membuat 3 aduan dan mendapat dalam 45 biji cucur badak. Dapat juga kasi kat jiran-jiran. Size ada yang besar kecik. Nak makan sendiri bolehlah. Kalau nak jual rugi banyak la.


Resepi: Cucuk Badak
Sumber: My recipe.com

Bahan: (adunan nie boleh dapat 16 biji)
500 gram ubi keledek(direbus dan dilenyek)
1 cawan tepung gandum
¾ cawan tepung kanji
Minyak untuk mengoreng.

Ukuran yang honney guna untuk 3 adunan seperti dibawah ini:
1500 gram ubi keledek(direbus dan dilenyek)
2½  cawan tepung gandum
¾ cawan tepung kanji
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng.




NOTA: Jangan letak tepung terlalu banyak nanti adunan keras dan tak rasa ubi keledek. Biar lembut sikit baru upmhhh…

 Bahan untuk membuat inti:
(resepi ini sumbernya adalah dari Bondaku Tercinta)

1 kilo kelapa putih
½ kilo udang kertas (dibuang kulitnya)
½ mangkuk cili kering yang dah dikisar
*6 batang serai
* 2 biji bawang besar
* 2 sb jintan manis
* 4 biji bawang merah
* dikisar halus bersama cili diatas
Sedikit kunyit.
Sedikit gula dan garam secukup rasa.
Sedikit minyak.

Caranya:
1-    Tumis bahan yang sudah dikisar hingga naik bau.
2-    Masukkan kelapa putih, udang. Kacau.
3-    Masukkan sedikit gula dan garam. Gaul hingga sebati.
4-    Masukkan sedikit kunyit dan sebatikan. Dah nampak sedikit kering angkat dan sejukkan.



--SELAMAT MENCUBA--

2 comments:

  1. http://alyahloveteddybeartomel.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-nina-kiki.html

    ReplyDelete
  2. cucur ne makan petang2 mesti sedap kn.. :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.