Sate Ikan with Sos Manis


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Seperti yang sudah korang maklum, sudah lama resepi nie honney cari dan tak sangka plak one day akan jumpa. Jumpa plak kat blog akak manis nie, sapa lagi kalau bukan Engku Salwani a.k.a Kak Esul. Resepi yang dimaksudkan adalah Sate Ikan. Sate nie  honney   selalu makan waktu sekolah rendah dulu (brapa kurun  daaa). Dulu secucuk 10 sen je, kalau beli 5 cucuk dapat free secucuk. Orang yang jual sate nie dia selalu naik moto, then sate nie kena bakar dengan arang. Dulu tak kesah habuk ke kotor je, keluar je dari pagar sekolah mesti serbu pakcik jual sate nie. Lagipun dia bukan selalu datang, datang je ada hari-hari tertentu je (tak ingat hari pe daa)

          Akhirnya setelah 3 hari resepi nie berada dalam koleksi  honney  , petang tadi  honney  terus buat sempena hari ibu. Ewah..ewah...padahal my bonda makan tak banyak mana pun. Dalam 2 cucuk je, my ayahanda plak makan 2 ketul je (lagi sedih u) dia tak sempat nak makan sempat sebab tergesa-gesa nak pergi pejabat ada urgent case. Adik-adik makan banyak juga la. Tapi sate ikan yang  honney  buat kali ini agak keras, mungkin sebab terlebih tepung. It’s ok, akan diperbaiki lagi dikemudian hari. Actually waktu makan sate nie rasa dia macam keropok lekor pun ada sebab rasa dia ranggup prup prap gitu, makan macam tu je pun sedap. Akhirnya sos manis terbengkalai gitu je.


          Resepi asal, sate ikan nie dibakar. Tapi  honney   tak bakar, malah lebih suka memanggang. Maklumlah tempoh hari dapat pemanggang ajaib free..suka lah y’all..tak perlu nak berasap-asap segala. Sate ikan nie pun  honney   goreng bagi fully masak, kalau resepi asal dia goreng separuh masak je then bakar. Ikut lah korang nak buat macam mana, korang yang nak makan nanti.

Resepi: Sate Ikan

Bahan-bahan:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa

Cara memasak:
1.
Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu tak melekat di tangan.

Resepi Sos Manis Sate Ikan (Edisi Kak Esul)

Sos manis sate ikan.

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah(honney guna merah jambu)

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah jambu. Warna merah tu pakai sikit je 
    untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

 --SELAMAT MENCUBA--

4 comments:

  1. wahhh sedapppnyaaaa :D nk try buat jgk !

    ReplyDelete
  2. Isi ikan tu perlu di rebus dlu ke sebelum dikisar

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)