5 May 2012

Resepi Sambal Tumis Udang

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Hye peeps!!
Dinner apa malam nie???

Malam-malam begini honney  nak kongsikan satu resepi yang rasanya ramai yang dah tahu caranya tapi mungkin kelainan resepi sahaja. Tak kisah lah asalkan rasanya sama enak dan sedap utnuk dinikmati bersama dengan keluarga anda.


Resepi kali ini honney cuba resepi dari laman web rasa.com.my. Resepi asal menggunakan udang galah, tapi honney tukarkan kepada udang biasa sahaja(tak tahu nama saintifiknya, udang niekan banyak jenis. Belasah sajalah asalkan bukan udang kepal). Terpulang pada selera masing-masing.

Moh kite tengok bahan-bahannya.

Resepi: Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan:
220gm udang galah (honney  guna 20 ekor udang)
30gm cili kering (honney  guna 2 senduk cili kering yang sudah dikisar)
140gm bawang merah (honney  sebiji bawang besar dihiris bulat)
150gm asam jawa (honney  guna asam jawa sebesar ibu jari)
35gm garam (honney  guna 1 sk sahaja)
40gm gula (guna mengikut kehendak dan citarasa anda, kalau pedas tambahkan lagi)
*2 ulas bawang putih(honney tambah)
*1 biji bawang merah(honney honney tambah)
Minyak masak secukupnya |untuk menumis(honney  guna 1 senduk sahaja)
Air secukupnya

*ditumbuk kasar

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis cili yang dikisar bersama bawang yang sudah ditumbuk kasar hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan asam jawa bersama sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.(lagi lama cili dimasak lagi sedap rasanya)
3. Akhir sekali, masukkan udang.
4. Biarkan mendidih seketika masukkan hirisan bawang besar dan angkat.


--SELAMAT MENCUBA--

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.