8 May 2012

RESEPI SAGU DELIMA/SAGUMATA IKAN/KUIH SAGU MERAH

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all
  
Selamat pagi..sekian kalinya honney bersiaran pada waktu pagi harinie. Jangan pelik dan hairan ye. Lepas nie tak dapat dah nak online memalam sebab adik-adik nak guna, jadi akaknya kena ler online waktu pagi kalau tak melepas lah jawabnya. Mungkin honney akan online malam ketikahujung minggu. Online waktu malam nie lebih santai dan relax. Tapi takpe lah honney beralah demi adik-adik. Jadi, nie tuan tanah kena bangun awal sikit sebab adik honney kena pergi daftar ke Tingkatan 6 pukul 9.00am nanti. Sebelum itu, segulung tahniah diucapkan kepada sesiapa yang berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke bidang-bidang masing-masing. Bagi yang tak berjaya usah berduka durjana, Allah sedang menduga kita. Apa yang perlu, berdoa banyak-banyak agar dipermudahkan jalan unutk berjaya di masa hadapan.

         Semalam tak sempat nak update blog, gara-gara taksub menerjah blog rakan-rakan yang lain. Terutama Blog Kak Ita, masam masam manis nie. Walawei!! Superb!! Tak tahu nak kata pe dah pabila melihat kek yang disediakan utnuk anak bongsunya itu. Sangat cantik. Sayang nak makan.

         Disebabkan semalam hari Isnin, honney telah berpuasa sunat setelah sekian lama tak puasa. Last puasa time exam STPM yang lalu. Ambil berkat dan laksanakan tanggungjawab sebagai muslim yang sejati dengan menqada-kan kembali puasa yang sudah tertinggal atas sebab-sebab tertentu. Normal-lah kalau kaum hawa puasa tak cukup, tapi kalau kaum adam pulak puasa tak cukup itu abnormal ye.

         Dikala tengah puasa inilah macam-macam anak tekak teringin nak makan, kalah orang mengidam pun ada. Bukan tak sudi nak pergi beli diluar sana tapi lebih enak dan yakin jikalau dibuat sendiri. Maklumlah di Sibu nie tak banyak tempah makanan yang betul-betul Halal. Jangan main redah je pergi melantak nanti, hukum hakam kena ambil tahu juga walaupun kita tak alim tapi halal haram WAJIB kena tahu. Ada Paham???

         Petang nie, honney sempatlah sediakan satu juadah untuk berbuka nanti. Rasanya ramai yang dah tahu cara untuk menyediakan tapi kepada yang tidak tahu jangan khuatir, honney akan kongsikan bersama anda.


         Juadah yang dimaksudkan adalah Sagu Mata Ikan kata Kak Rai atau kalau ikut buku “1 Hari 1 Resepi”, chef Hanieliza kata itu Sagu Delima. Mana-mana pun bahan-bahannya sama sahaja Cuma cara menyediakannya sahaja yang sedikit berbeza. honney pula memanggilnya kuih sagu merah. Hahaha..lagi simple kan. Apalagi, moh ler kita semak bahan-bahan yang diperlukannya.

Resepi dibawah ini mengikut cara Kak Rai

Resepi: Sagu mata ikan:-
Sumber : Kak Rai

Bahan-bahan membuatnya:

3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)



Cara-cara membuatnya:

1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.

jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.
6. Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama gak ahh masa yang diambil.so bersabar bebanyak k.
7. Sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama-sama kelapa putih.
9.Siap untuk dihidangkan.

Manakala resepi yang mengikut cara Chef Hanieliza pulak adalah seperti ini:

Resepi: Sagu Delima
Sumber: Buku Resepi “1 Hari 1 Resepi”

Bahan A:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1 sk pewarna merah
1 helai daun pandan (disimpulkan)

Bahan B:
½ biji kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara Membuatnya:
1-    Sagu biji dibersihkan, rendam sebentar dan toskan.
2-    Masakkan air,gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan.
3-    Masukkan sagu serta pewarna merah. Kacau hingga sagu kembang.
4-    Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.
5-    Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapaparut muda yang digaulkan bersama dengan sedikit garam.
6-    Sedia dihidangkan.


Nah, dua resepi sekali honney kasi kat korang. Nak ikut yang mana??mana-mana pun tak kisah, tapi kalau tanya honney, I ikut resepi dibawah nie yang telah ditukar dan digabungkan sedikit dengan dua resepi diatas nun. Cakedout.. J

Resepi: Sagu Delima/Sagu Mata Ikan/ Kuih Sagu Merah
Sumber: Buku Resepi “1 Hari 1 Resepi” dan Kak Rai

Bahan A:
2 cawan sagu biji
4½  cawan air
2½  cawan gula
3 sk pewarna merah
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Bahan B:
1 cawan kelapa putih
Sedikit garam

Cara-caranya:-
1- Sagu biji dibersihkan, rendam selama 1 jam dan toskan.
2- Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan.
3- Masukkan pewarna merah, kacau sebati. Masukkan sagu. Kacau hingga sagu kembang.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit. Masukkan ke dalam loyang/acuan kesukaan anda.
6. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih-putih. (kukus selama 30min)..
7. Sejukkan sagu di dalam peti.
8. Potong ikut citarasa anda dan gaulkan bersama-sama kelapa putih.
9. Siap untuk dihidangkan.
         

--SELAMAT MENCUBA--

2 comments:

  1. Nak cuba untuk juadah berbuka hari ni. Tak sabar nak rasa

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com