28 May 2012

RESEPI PULUT UDANG YANG SEDAP

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Orait..seperti yang dijanjikan pada entry DISINI,  honney telah berjanji akan kasi tau resepi untuk gambar hot menu tersebut. Resepi pertama iaitu PULUT UDANG ada yang gelar pulut panggang tapi pulut jelah intinya ngak ada sehhh..Pulut Udang nie cukup famous amos di utara tanah air iaitu kampong den ler. Dulu kalau balik kampung ayahanda mesti lalu ikut Gurun dan wajib akan beli pulut udang nie dekat selekoh keluar jalan berdepan Mall apa ntah.(tak ingat daa..) dijual satu 2 kupang=20sen, itu kisah 6 tahun lepas. 2 tahun kemudian highway telah dibina direct to kampung den, lagi cepat nak sampai tak payah ikut jalan kampung lagi. Jimat masa.


Sekarang kita orang satu famiy ngidam nak makan Pulut Udang nie. Setiap kali balik kampung mesti ayahanda akan pergi beli kat Kota Sarang Semut dekat tepian sungai tu. Siapa yang duduk kat area tu tahulah ye. Dijual 5 batang RM 2. Mak aihh mahal bebeno. Size dia pun den lihat makin tahun makin mengecil(maklumlah balik setahun sekali). Agak-agak daun dia kecut kot. Wallahuallam,katanya barang mahal sekarang.

Akhirnya, setelah niat nie ditangguh selama 2 tahun lebih makan hari ini terjadilah ia, sekali buat dapat hampir 50 batang. Nak amek kau!! Tak larat nak makan. Hidup berjiran jadi kitaorang punedar pada jiran tetangga. Tak tahulah orang sini makan ke tidak. Selalunya orang sini makan pulut dengan inti tu je. Diorang tak panggang. Lain tempat lain menunya. Nama pun 1 Malaysia kan. Macam-macam ler ada. Pulut Udang nie bonda kitaorang yang buat, den tolong bungkuskan je. Korang nak cuba buat, jom tengok resepinye.

Resepi: Pulut Udang
Sumber: Bondaku tercinta.

Bahan-bahan:
Bahan untuk pulut
1½ beras pulut (direndam semalaman)
1 kilo kelapa (diperah dan diambil santanya)

Caranya:
1-    Basuh beras hingga bersih.
2-    Kukus beras pulut tu sehingga masak.
3-    Dah masak, gaul beras bersama santan kelapa agar sebati.
4-    Ketepikan.

NOTA: Biarkan air mendidih dahulu baru mula mengukus,

Pulut yang sedia untuk di balut.

Bahan untuk membuat inti pulut udang:


1 kilo kelapa putih
½ udang kertas (dibuang kulitnya)
½ mangkuk cili kering yang dah dikisar
*6 batang serai
* 2 biji bawang besar
* 2 sb jintan manis
* 4 biji bawang merah
* dikisar halus bersama cili diatas
Sedikit kunyit.
Sedikit gula dan garam secukup rasa.
Sedikit minyak.

Caranya:
1-    Tumis bahan yang sudah dikisar hingga naik bau.
2-    Masukkan kelapa putih, udang. Kacau.
3-    Masukkan sedikit gula dan garam. Gaul hingga sebati.
4-    Masukkan sedikit kunyit dan sebatikan. Dah nampak sedikit kering angkat dan sejukkan.

Bahan-bahan lain:
Daun pisang dipotong mengikut size yang dikehendaki (dilayurkan atas api)
Kain bersih untuk mengelap daun pisang nanti.
Stapler / lidi.

Semua bahan dah siap disediakan, mulakan membalut pulut udang.








Dah siap bolehlah mula memanggangnya dengan bara api.


Jemput makan..

--SELAMAT MENCUBA--


Nak menang hadiah tiap-tiap hari..tak percaya tengok SINI dan KLIK SINI

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com