Resepi Puding Triffle

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Yeahh.. akhirnya menjadi juga puding triffle cik honney kali ini. Yapp before nie dah pernah buat tapi tak jadi. Siap letak swiss roll lagi kat bawah dia. Tapi lapisan jelly/agar-agar dia cair sangat-sangat. Mungkin sebab terlebih air. Frust you, 2 tahun nak merawat duka durjana tersebut. Akhirnya bebas dari sumpahan…hehhaaa..happy sangat. Dah menjadi nie memang tunggu berabad pulak ler nak buat lagi. Adatla kan. Selagi tak jadi, selagi tu akan buat sampai dah jadi kita stop ler dulu. Cuba resepi lain plak. Kalau tak jadi juga kita letak dalam folder ‘draft’ one day kita check semula dan cuba lagi.

         Cehhwahhh..mentang-mentang dia buat menjadi. Bukan apa, teruja sikit walaupun nak membuat triffle nie dia memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan. Maklumlah ada 3 step. Mula-mula kena bakar kek untuk base layer tapi kalau nak segera boleh beli swiss roll yang segera. honney bukan tak sudi nak beli tapi tak teringin pun nak beli. Makluman status ke-halal-nan di sini sedikit diragui. Nak selamat kenalah bakar sendiri keknya. Tapi kek nie kalau nak bakar tak perlu letak gula. Memang rasa payau ler. Lain kali nak buat kena letak gula sikit baru best.

         Resepi ini diperolehi dari Mat Gebu. Totally 100% i follow you. Maklumlah 1st buat kita kena ikut rules. 2sd lantak kau ler nak buat gi mano. 1st buat dulu honney ikut resepi lain. Just dia bagi secara ringkas dan padat. Tapi resepi dari mat gebu nie dia tunjuk step by step. Memang memudahkan jalan cerita ler. Tak reti gak tak tahu nak kata pe dah. Nak tahu resepi moh tengok sampai habis.

Resepi: Puding Triffle
Sumber: Mat Gebu


BAHAN KEK SPONGE :-
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY
:-
1/2 camca teh konnyaku jelly powder (honney guna agar-agar serbuk NONA, rujuk sini)
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN
:-
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan (honney skip yang ini)
Jus dari buah2an koktel tadi
Buah anggur  (honney tambah yang ini)

CARA MEMBUATNYA :-

UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak. (kek nie memang tawar hebiaq, boleh ler tambah gula sedikit kalau suka, tapi honney  tambah gula pada kastardnye nanti)   

Kek yang sudah dihancurkan masuk dalam cup dadih dan direnjis sedikit jus koktail.

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketepikan.

Kastard yang sudah dilayerkan dalam cup

.
Susun hirisan buah-buahan berserta koktail

UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untuk jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

Dah siap layer..

UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Susun lebihan kek atas buah-buahan koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah-buahan tadi, ratakan. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair/agar-agar atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm.. 

Koktail yang diguna.

Koktail yang dipotong kecil-kecil.

Hirisan buah anggur. Dibelah 6.

NOTA: resepi diatas diambil dari blog MAT GEBU. Harap maklum. Kepada tuan tanah cik honney ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih daun keladi, lain kali nak copy lagi..hehe
  
Nak menang hadiah tiap-tiap hari..tak percaya tengok SINI dan KLIK SINI

J--SELAMAT MENCUBA--J

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)