28 May 2012

RESEPI PUDING SUMI

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Happy Monday semua. Selamat bercuti pada sesiapa yang bergelar budak sekolah macam budak kechik dan cik moon. Hujung minggu lepas iaitu semalam dan kemarin  Cik honney tak post entry tentang resepi seperti biasa, bukan apa minggu lepas sibuk menolong bonda den memasak. Nak tahu dia masak apa kali ini, korang layan dulu gambar.
-
-
-
-
-
-


-
-
Amacam?? Tergugat tak nafsu makan korang?? Ini semua buat tau. Tak ada beli-beli punye...resepi untuk dua menu ini akan dipublish pada entry seterusnya.


Entry kali ini kita memuding lagi ye. Puding ini telah berjaya dilakukan oleh cik moon dengan jayanya. 1st dibuat oleh kakaknya iaitu Cik honney sendiri tetapi tidak menjadi dengan moleknya. (den tak tahu sebab apo) resepi sama saja cuma bentuk sumi dan hari yang berbeza. Itulah derhaka lagi. Kan dah kena sumpahan. Kalau nak ikutkan hari yang buat puding ini tanpa disangka honney telah membuat 3 resepi sekaligus untuk satu hari. Wow, diri sendiri pun tak percaya (lihatlah dunia, saya tak percaya!! haha). Resepi yang pertama adalah resepi yang honney nak post entry untuk kali nie iaitu Puding Sumi. Resepi kedua bakal menyusul kemudian iaitu Koktail Semangka dan resepi ketiga sudah dipublish iaitu Kek Coklat Heaven

Resepi: PUDING SUMI
Sumber: My recipe.com

Hasil air tangan cik moon

- 8gm serbuk agar-agar
- 750ml air
- 250ml susu cair
- 1/2 cawan gula
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu besar tepung kastad
- secubit garam
- Jelly(sumi) secukupnya, bentuk yang rendah
(honney guna sumi yang tinggi macam dalam gambar dibelah dua)(Cik moon ikut arahan)

Cara-caranya:
- Didihkan air bersama agar-agar dan gula,
- Bila gula dah larut masukkan susu cair dan garam.kecilkan api.
- Larutkan tepung kastad dengan sedikit susu/air.
- Masukkan kuning telur dalam larutan tepung kastad tadi, sebatikan dalam bekas yang lain.
- Kemudian masukkan adunan tepung kastad kedalam adunan agar-agar,
- Kacau dan biarkan mendidih dengan api sederhana. tutup api.
- Kacau adunan agar-agar , biarkan sekejap untuk turunkan suhu menjadi sedikit suam.
- Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan. Buka sumi satu persatu dan susun mengikut selera masing-masing... Pastikan tinggi agar-agar sama paras dengan ketinggian sumi supaya sumi terletak elok/cantik kat dalam loyang/acuan bila disusun...


**Jika paras agar-agar susu melebihi paras ketinggian sumi, sumi akan terapung atau tertonggeng ....harap maklum!! kena cari acuan yang sesuai.

ini sumi yang honney guna.

NOTA: Puding yang honney buat sumi tak terapung pun, semuanya tergelam. Tunggu pudding tadi dah beku sikit baru honney  letakkan sumi yang dihancur dan potongan buah tembikai  diatasnya, Puding yang dibuat failed. Manakala puding yang dibuat oleh Cik moon menjadi dengan jayanya..seperti yang dilihat digambar.

Ini puding yang den buat. Sedikit cair, tapi tetap boleh telan lagi. jadi seperti yogurt.

Apa-apapun akan den buat lagi satu hari nanti. Wait and see!!.. Pada sesiapa yang nak mencuba..diucapkan….

--SELAMAT MENCUBA--


Nak menang hadiah tiap-tiap hari..tak percaya tengok SINI dan KLIK SINI

2 comments:

  1. We stumbleԁ over heгe coming from a different page аnd thought I may as well chесk
    things out. I like ωhat I ѕеe so now i'm following you. Look forward to checking out your web page yet again.

    My web-site ... FARE UN SITO creare un sito creare siti web **

    ReplyDelete
  2. Nak cuba....baru balajor memasak.

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com