19 May 2012

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Siapa kata puding karamel tanpa telur tak menjadi, buktinya honney sendiri telah berjaya melakukannya 3 hari lepas. Siap makan dengan homemade marble ice-cream  lagi. Resepi  homemade marble ice-cream boleh tengok kat SINI. 


       Sebenarnya, bab-bab memuding nie cik honney lemah semangat kit. Setiap kali buat jarang nak membentuk molek-molek. Contohnya puding karamel nie dah buat sekali 2 tahun lepas, tak menjadi y’all, pahit ya rabbi(kalah ubat tok nek lagi)hmm…tok nek makan ubat ke??ermm lupakan..haha..so, itu cerita two years ago.


Sekarang, alhamdulillah dengan perasaan gundah gelana tak sabar nak tunggu keesokkan harinya sebelum tidur sempat lagi sambaq satu nak rasa..hehe..(buruk perangai..jangan ikut cara den)..keputusannya, alhamdulillah rasa dah okey just gula karamel dia keras giler tak tanggal y’all and masih cair sikit, kena tunggu beku sikit, tuntasnya kena tunggu esok baru boleh telangkup cantek punya. Dah rasa moleh, cik honney pun tidur lena. Bangun keesokkan paginya, tengok budak kechik(BK) dah sambaq satu sebelum pergi sekolah sambil mulut mengonyeh sambil dia mengkritik.


BK: “gapo puding nie tak beku long??”
*long-singkatan untuk along(panggilan den di rumah)

CH: “lagu tu ler ropenye, mu nak beku gi tokak(gigit) batu..huh” dalam nada geram baru bangun tidur terus den bla masuk bilik.
Gedegang pintu terhempas.

Dari dalam bilik den dengar suara emak. Apa yang dikatanya endak di dengar. Dalam hati mungkin tegur si budak kechik tu kot. Wallahuallam.

*the moral of story kepada adik-adik sekalianà please appreaciate apa yang telah kakak/mak anda telah sediakan. Kalau tak sedap, telan juga tak pun diam je. Ada faham???

Pada kakak-kakak(setahu den gegurl je suka try, boboy suka telan je) yang mau coba ini resepi boleh tengok di bawah nie



Resepi: Puding Karamel Tanpa Telur
Sumber: Kak Rai sweet vanilla

Bahan untuk karamel:
¾ cawan gula pasir
3 sb air

Bahan A:
1 bungkus serbuk agar-agar colourless 7gm (honney guna 2 sb serbuk agar-agar perisa ros NONA, boleh rujuk gambar)

serbuk agar-agar nie ler den guna, siap print resepi lagi untuk rujukan dan juga koleksi masa hadapan.

4 cawan air(honney guna 3½ cawan air,lepas nie kena letak 3 cawan je)
130 gm gula pasir

Bahan B:
1 tin susu cair, 400gm(honney guna IDEAL, 350 gm je, 50 gm dah guna masak benda lain..bedal je…hehe)
2 sb tepung kastard
1sk esen vanilla
(sebatikan semua bahan B dalam satu bekas)

Cara-caranya:
1-    Untuk membuat karamel, hanguskan gula dalam kuali. Bila dah semua larut/berwarna perang..tuangkan air perlahan-lahan(masa nie kena berhati-hati sebab mudah meruap.) Masak gula dengan api yang perlahan nanti gula hangus dan pahit bila dah jadi puding nanti. Peringatan daripada kejadian 2 tahun lepas. Waktu nie karamel boleh dituang dalam acuan kesukaan anda, gula tu nanti akan beku dan biarkan (boleh rujuk gambar)
2-    Didihkan semua bahan A dalam periuk, kecilkan api masukkan bahan B. kacau lebih kurang 3 min atau sehingga aduan pekat.( honney biarkan sampai mendidih blup..blup..). Matikan api.
3-    Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan berisi karamel.

karamel tu cepat beku dan susah nak tanggal.


4-  Sejukkan sebentar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman.



*Sebenarnya puding tanpa telur ini tak ada gula karamel dia pun dah sedap rasanya, Cuma kena tambah gula sahaja. Mungkin lebih sesuai kepada sesiapa yang tidak suka manis. Ermm, honney dah cuba. Siap bekukan jadi ais. Dah jadi macam yogurt pun ada. (rujuk gambar yang ada mangkuk besau warna hijau pucuk pisang) Orait.

tanpa karamel pun sedap.

selepas semalaman disejukkan.
  
--SELAMAT MENCUBA--

2 comments:

  1. Menarik.. bole gak cuba cara ni.. slalu guna telur.. tp kadg2 bau telur sgt..

    http://www.myhealthylifebeauty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak guna telur ok juga, tapi tesktur dia lembut sikit lah.

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com