8 May 2012

RESEPI PAJERI REBUNG


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Entry kali ini adalah kesinambungan daripada entry sebelum ini yang sudah di-publish BACA SINI.
        
         Dah baca belum?? Kalau belum pergi baca sana. Pajeri Rebung?? Siapa yang suka makan boleh teruskan pembacaan anda dan bagi siapa yang kutang suka atau tidak suka sila habiskan membaca dulu sebelum menutup entry ini. Mungkin ada yang tak suka bau rebung yang agak berbau busuk itu, samalah kita. Tapi, tahukah anda bau busuk itu dapat diatasi dengan merebusnya dahulu sebelum dimasak apa-apa sahaja.
        
         Contohnya disini, honney akan gunakan rebung ini untuk dimasak pajeri. Masakan pajeri ini boleh digunakan buah terung ataupun buah nenas. Tapi bagi honney, lebih meminati buah terung kemudian rebung. Buah nenas dimasak pajeri honney tak makan, sebab apa jangan ditanya. Tetapi honney akan makan jika buah nenas itu dimasak gulai ataupun sambal. Yumm..yummm...kecur air liur dah nie. Cerita pasal makanan je terus perut bergelora macam ombak menghampas pantai. 

         Resepi ini terus terang honney katakan tak berapa terror nak menyiapkannya, tapi setelah beberapa kali bonda mengajar barulah honney dapat tangkap dan memahaminya. Mula-mula dulu, setakat meyediakan bahan-bahannya sahaja. honney belum terniat untuk mencuba menyediakan masakan tersebut 100% tapi difikirkan sampai bila mahu mengupas bawang-bawang dan halia sahaja maka, akhirnya terjadi jua masakan tersebut. Maka siaplah satu hidangan yang boleh dikategorikan dalam golongan sayuran ini..Yeppi..hoorey...hoorey..Happy yooo!!!

Resepi: Pajeri Rebung/Terung/Nenas
Sumber: Koleksi Bondaku Tercinta


Bahan-bahan:
rebung (direbus dahulu)
santan (honney guna 1/2 biji kelapa je)
3 sb rempah daging (dibancuh dengan air suam untuk dijadikan pes)
2 sb kerisik
gula dan garam secukup rasa


Bahan untuk tumis:-
Bawang merah (dimayang)
Bawang putih (dimayang)
Halia (dimayang)
Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkis

Cara-cara:
1.
Panaskan minyak dan tumis bahan untuk menumis.
2. Masukan pes serbuk kari dan biarkan  sehingga pecah minyak
3. Masukan kerisik
4. Masukan santan cair dan rebung
5. Bila dan mendidih, masukan pula santan pekat, gula dan garam
6. Masak sehingga kuah agak pekat


--SELAMAT MENCUBA--^^,

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.