20 May 2012

Resepi Onde-onde atau Kuih Bom



`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat berhujung minggu juga selamat berlibur kengkawan sekalian. Seperti biasa honney tatkala hujung minggu honney akan berkongsi satu resepi yang senang dan ringkas dilakukan. Lagi enak dimakan. Yummy.. J



Resepi: Onde-onde
Sumber: Kak Rahel.


Bahan-bahan (15 biji):
* honney buat 3 adunan sebab nak kasi jiran sama

Bahan untuk doh:
200 gm tepung pulut
1 sb tepung gandum
1 sk air kapur
200 ml air
secubit garam
bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut (honney guna kelapa putih)
60gm gula melaka  (honney guna gula merah)
20gm gula pasir
50ml air

Cara-caranya:
1.     cara membuat inti: jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
2.     kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
3.     kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
4.     angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
5.     cara membuat doh: masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
6.     kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
7.     bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing-masing) dan bentukkan menjadi bulat
8.     setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 sk inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
9.     lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
10. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
11. lakukan sehingga habis
12. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan keperangan
13. angkat dan hidangkan
14. sesuai sebagai hidangan pagi dan petang


15. jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara tanpa digolekkan dengan bijan

tapi den dah golek siap-siap, nak goreng nanti senang

NOTA: Petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah, minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik


0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com