24 May 2012

NOVEL SEJUJUR HATIMU

  

Penulis: Umi Azrini.
Harga: RM 18.00 
Jumlah halaman: 496 muka surat

Sinopsis 

Reen dan Fahrin - hubungan mereka sedingin salju. Walaupun bersaudara, mereka tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin bijak dan berkarisma menjadi kebanggan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan hubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.

Maya dan Fahrin - Kematangan usia membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.

Bagaimana kisah seterusnya? Siapa gadis yang sebenarnya bertakhta di hati Fahrin? Apakah hubungan antara Reen dan Maya?

KOMEN honney TERHADAP NOVEL INI

"Seulas senyuman sekilas pandangan adalah bicara sepi dari lubuk hati"
Watak utama dalam novelinitak laintakbukan adalah Fahrin and Reen. Diaorang memang tak rapat dari dulu, kalau jumpa  mesti nak gaduh, tapi dalam gaduh tu diorang ada tarikan yang tersendiri antara satu sama lain. Nak tahu korang kenalah baca sendiri oke..hehe


Klimak cerita ini adalah dimana Fahrin dicabar kekasihnya Maya dan rakan-rakan lain dengan menyahut cabaran mereka iaitu dengan mengahwini Reen. Fahrin mahu membuktikan yang dia juga boleh belakon dengan orang lain dan nak tengok Maya jelous or not. Kamal mengambil kesempatan dari keadaan ini untuk membalas dendam kepada Iqbal, kekasih Reen supaya Iqbal akan frust menonggeng sebab dia sakit hati denganIqbal berkaitan dengan bisnes dia. Kamal berjaya menghasut Fahrin supaya memaksa Reen mengahwininya. Selepas berkahwin nie lah banyak konflik yang berlaku. Bak kata pepatah, siapa sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan, hubungan yang Reen sangkakan bahagia dan suci itu akhirnya merupakan satu pendustaan semata-mata. Persoalannya, mampukah Reen mengecapi kebahagian itu semula???

Cerita nie banyak watak macam biasalah, kalau honney nak huraikan sampai bila tak habis. rugilah penulis dia kan. So, kalau nak tahu end of this story you must buy one. Orait.

3 comments:

  1. salam..kt mana da jual n0vel nie.dh lama cari tp xjmpa gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflah novel nie dah lama sangat, saya beli di popular je dulu waktu diterbitkan, cuba awak cari di facebook novel preloved, upload picture novel dan tanya siapa yang jual novel nie, insyaAllah akan jumpa yg jual novel nie, tapi novel terpakai lah banyak dijual kat situ :)

      Delete
  2. assalam. maaf tanya. awak ada nak jual tak novel ni?

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com