24 May 2012

NOVEL KASIH YANG SUCI



Penulis: Meen Zulaikha
Harga:
RM 19.90
Jumlah halaman: 572 muka surat

Sinopsis 
KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan.


KOMEN honney TERHADAP NOVEL INI

"Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"

Seperti yang korang dah tahu, novel ini telah diadaptasikan kepada drama yang bertajuk ‘NORA ELENA’ dimana watak Seth dilakonkan oleh Aaron Aziz sehingga menaikkan popularitinya, manakala watak Nora dilakonkan oleh Siti Saleha iaitu adik kepada Sam vokalis Bunface kalau tak silap.

Memang best pun buku nie, olahan cerita yang baik. Banyak scene yang romantik, tetapi jarang berlaku kes macan nie pada masyarakat sekarang. So sweet, kadang-kadang terfikir juga wujudnya golongan seperti Seth nie dalam kalangan pria-pria melayu. Kalau mat saleh tu no hal, diaorang memang daring habislah bab-bab nie. However ini tak membosankan dan akan membuat pembaca tersenyum sendirian . Boleh menjiwai watak danmembayangkan rupa mereka.


Watak wanita 'sopan tapi seksi' seperti 'Elena' pastinya menarik minat pembaca remaja tambah lagi bila dipasangkan dgn Seth yang berketurunan baba-nyonya yang hensem lagi tinggi dan cukup ciri-ciri yang diidami oleh semua wanita termasuk den skali..hehe. Kelainan yang terselit Seth ni sudah lama sukakan Elena dan kerana dorongan nafsu, Elena menjadi mangsa nafsu serakahnya ketika gadis itu berusia 15 tahun. Elena menghilang dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula. Elena tak mengenali penyerangnya dan tidak sekali kali menyangka Seth yang dianggap penyelamat maruahnya (apabila tunangnya memutuskan ikatan di saat-saat akhir krn mengetahui Elena sudah tidak suci) rupa-rupanya lelaki yang telah meragut kesuciannya. Seth sanggup memeluk Islam dan mengamalkan anutannya sepenuh hati. Saat cinta mereka bersemi dan membuahkan hasil, rahsia terbongkar. ishhhh apa la seth tu.. barang bukti pi simpan buat pa kan..kurang cerdik toi. dah dapat Elena tu pi la bakaq ka, tanam ka bukti tu, nie pi simpan pulak.. atoyaii..maybe nak buat sweet memory kot.. Kesabaran Seth sebagai saudara baru teruji dengan kerenah Elena yang selalu cari pasal. Seth enggan melepaskan Elena yang mengugut akan meninggalkan Seth dan anaknya yang bakal lahir nanti kerana lelaki itulah yg telah menghancurkan hidupnya. Seth menggunakan tempoh Elena mengandung dan menyusu untuk memikat semula isterinya itu.


Novel ni penuh dengan scene Nora Elena & Muhamad Seth. Seth ni kerjanya menggoda sepanjang masa pabila bersama dengan Elena.. macam 'segan' dan tersipu sipu pulak la nak baca sesetengah scene tu.. *blush* ler oke... So apa lagi, takkan baca akt sini je!! Mestilah pergi beli sebuah baut koleksi. Rugi tau!!

2 comments:

  1. macam best jew??? my sister suke bace buku novel Alaf 21 ni..nanti ena nak beli yg ni nak bagi kt kakak ena...terima kasih for sharing

    ReplyDelete
  2. dah lama tak baca novel..

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com