24 May 2012

NOVEL KASIH DANIA


  
Penulis: Ayu Emelda
Harga: RM 19.90
Jumlah halaman: 490 muka surat

Sinopsis 
Dyra Dania seorang gadis yang punya trauma cinta. Kelembutan dan keayuannya hilang ditelan kekecewaan lalu. Hatinya cuba bertahan sekeras batu daripada diseru naluri syahdu. Namun... siapa sangka, getaran cinta hadir tanpa diduga. Pendiriannya roboh tanpa rela. Dalam keasyikan menyulam bahagia, dia tersedar daripada lena yang panjang. Mimpi-mimpi idah rupanya satu persenda. Demi kasih... Dania rela menjadi pengemis cinta yang punya harga.

Amir Budreez hidup dikelilingi bunga-bunga kasih Dania. Meskipun wajah Dania sering bermain-main di tubir mata, namun nama maria sentiasa meniti di bibir. Kata hati tidak pernah seiring dengan logik akal. Entahlah... mungkin persona Maria membuatkan cinta suci Dania menjadi sirna. Dalam kemanisan terselit kepahitan yang harus ditelan.

Maria seorang gadis misteri yang muncul dalam hidup Budreez dengan rahsia tersendiri. Dia bijak mengatur langkah dan mengemudi arah. Kehadirannya ibarat parasit yang menagih cinta. Cinta yang tak pasti di mana destinasi akhirnya. Dan kerana itu, ada hati yang tercalar, ada perasaan yang terluka dan ada jiwa yang menahan rasa.

Benarkah jarak waktu yang panjang mampu mengubah sebutir kaca menjadi permata berharga? Dan apakah segala ketetapan yang tersurat ini harus diterima tanpa wasangka?


KOMEN honney TERHADAP NOVEL INI

"Tak mungkin kau adalah rindu yang kutinggalkan kerna namamu sudah terukir di hatiku."

Kisah ini dimulai dengan lamaran Amir Budreez terhadap Dyra Dania atau lebih dikenali sebagai Danny di kalangan rakan-rakannya kerana sikap dan penampilan kelakian yang ditonjolkannya. Ada kisah disebaliknya yang telah mengubah penampilannya. Sebenarnya, Amir Budreez terlalu takut apabila dipaksa mengahwini Maria, perempuan yang digeruninya sejak zaman sekolah. Dia seorang yang takutkan perempuan, nama saintifik dia den tak ingat.

Korang baca la nanti, kat akhir cerita penulis ada selitkan beberapa nama saintifik seangkatan dengan kes seperti Amir Budreez nie. Budreez pilih Danny kerana hanya Danny satu-satunya perempuan yang akrab dengannya. Itupun perangai tak serupa perempuan J . Dania cuba mencari alasan untuk menolak tetapi dia pernah terhutang budi dengan Budreez dan sekarang Budreez meminta balasan. The moral of story disini adalah kalau kita hutang wang boleh dibatar ganti, tetapi kalau hutang budi, tergadai body hah..so beringat-ingat ye wahai remaja gegurl diluar sana. Berkawan biar berpada-pada. Berkasih bersayang bagai tunggu kawin jelah, time tu siapa pun takkan marah. Korang nak sayang-sayang, intan, payung, kayu, semua orang tak larang dah. Ingat tiada lelaki yang akan menolong tanpa meminta balasan, kalau dia melabur bagai adalah dia nak di kemudian hari. So beware orait.

Perkahwinan berlangsung dan Budreez mula perasan nilai-nilai kewanitaan Dania dan mula cemburu apabila melihat Dania mesra dgn rakan-rakannya sendiri, sama seperti Dania dulu. tetapi satu pertemuan dengan Maria mula menggoyahkan perasaan Budreez. Ketika kasih DAnia mula berbunga, Budreez makin mabuk cinta dengan Maria. Dania mula mengatur strategi untuk mengorat suami sendiri. Tetapi apakan daya dek kerana tamakkan harta dan kecantikkan, Budreez tertipu oleh omongan Maria. Akhirnya rumah tangga dia dengan Dania berantakkan. Adakah Dania dapat memaafkan Budreez??ikuti cerita selanjutnya dalam novel ini okey dokie...

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com