24 May 2012

NOVEL KASIH ANTARA KITA



 Penulis: Aleya Aneesa
Harga: RM 19.90
Jumlah halaman: 528 muka surat

 Sinopsis
Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan
harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

"Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain."

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran
terbongkar, dia yang akan karam sendiri!


"Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya."

Lantas hati kecil Emelda bertanya, "Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?"

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. "Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!"



KOMEN honney TERHADAP NOVEL INI

Cerita kali ini banyak mengalirkan airmata, kiranya pembaca akan bermain dengan ilusi dan juga airmata lah....banyak pengajarannya . Kadang-kadang terfikir adakah berbaloi pengorbanan yang kita lakukan untuk orang tersayang??? Dan masih wujudnya golongan ataupun adik seperti Emelda ini yang sanggup mempertaruhkan hidupnya dengan melakukan pengorbanan tersebut. Seperti yang korang tahu novel ini sudah diadaptasikan kepada drama di TV 3 pada bulan Mac 2012 yang lepas. Watak Aril Fatah dilakonkan oleh Fizo Omar dan watak Emelda/Emira dilakonkan oleh Elmy Nadia. Watak si kecil Dania dilakonkan oleh Mia Sara Nasuha, dan watak Atiea kembarnya telah digugurkan mengikut kesesuaian. Begitu juga dengan watak Ernieza yang telah digugurkan.

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emelda yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah kakaknya, Emira yang telah meninggal dunia kerana barah hati setelah melahirkan sepasang anak kembar perempuan. Emelda terpaksa mengaku yang bayi tersebut adalah anaknya bagi mengelakkan kemarahan keluarga terhadap kakaknya yang di ambang maut. Di mana kakaknya, Emira disahkan menghidap kanser

Meskipun hidup di pandang hina oleh masyarakat sekelilingnya, namun Emelda rasa bertuah kerana ibu dan bapanya sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya. Dengan semangat itulah Emelda meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Namun, kehidupannya yang tenang tiba-tiba menjadi tidak keruan dengan kehadiran Aril Fatah, iaitu lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan Emira dahulu. Setelah mengetahui yang Dania dan Atiea itu adalah anaknya Aril Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah orang yang ditidurinya 8 tahun yang lalu.


Emelda berkeras menolak cadangan Aril Fatah. Namun, Aril Fatah berkeras dengan keputusannya lalu, meminta pertolongan dari kedua ibubapanya untuk berbincang dengan ibubapa Emelda. Aril Fatah menceritakan semua kejadian hitam itu kepada keluarganya dan mereka setuju untuk menolongnya.


Sehinggalah di saat segala rahsia yang di simpan rapi diketahui keluarga mereka, Emelda rasa tertekan. Namun begitu, ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Dan kebahagian itu sememangnya milik mereka berdua. Itulah harga untuk segala pengorbanan yang dilakukan Emelda. Cerita nie memang happy ending. So airmata yang mengalir sebelum ini memang berbaloi lah

1 comment:

  1. emmm...mmg best novel ni..
    sedih, menyentuh hati...Emelda sanggup berkorban segalanya demi kakak kembarnya...
    KakLang menangis baca novel ni...hihihihi...
    bila diadaptasi jadi drama kt tv3, KakLang tgk hari2...sebab citer ni mmg best kan? :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com