24 May 2012

NOVEL JAUH KAU PERGI



  Penulis: Dhiya Zafira
Harga: RM 19.90
Jumlah halaman:  muka surat

Sinopsis 

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian utk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih daripada yang sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat.



Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi dia ternyata bukan utk ku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan utk menang, bukan?



Rif - Muliakah hubungan yg dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yg tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya utk dia... aku redha. Ada apa dengan dia yg menjadikan semuanya serba tidak kena?



Afi - aku tidak mampu bersaing dengan masa silam utk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti...


KOMEN honney TERHADAP NOVEL INI

"Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta"


 Penulis Jauh Kau Pergi memberi denyutan berbeza kepada pembaca. Kadang-kadang kalau cerita cinta ‘semendang’ pun buat kita bosan juga, sekali sekala terselit cerita sebegini, memang membangkitkan mood untuk membaca. Satu kelainan yang cuba dicungkil



Hero dalam novel ini adalah seorang askar komando. Di sebalik perwatakan macho, Rif sebenarnya adalah seorg lelaki yg sensitif dan penuh emosi. Afi menjadi buruan setelah kematian abangnya, seorang komando yang menjalankan operasi sulit. Rif dan kawan-kawannya cuba menghulurkan bantuan sebaik mungkin untk Afi yang sebatang kara gara-gara dibuang keluarga sejak ayahnya berkahwin dgn ibunya, seorang minah saleh aka omputeh ler. Mulanya den hairan juga kenapa Rif spent too much time with Afi sedangkan dia ada tugas rasmi yg tersendiri, ropenye Afi tu adalah sebahagian dari tugasnya. Ohh kisahnya. Bagi yang pernah baca karya Dhiya Zafira, watak yg disangka mati tapi masih hidup bukanlah sesuatu yang baru kerana beliau pernah menggunakannya dalam novel sebelum ini. Ini mengurangkan sedikit elemen kejutan semasa membaca kisah ini.



Persoalan yang bermain difikiran den ketika membaca novel ini kenapa Jimmy meninggalkan klu kepada Afi untuk disampaikan kepada Rif? Itu sudah terang-terangan akan meletakkan Afi dalam bahaya. Nak tahuklu apa kena baca novel dia terus ler. Dengan kepakaran Jimmy dan Rif, mereka tentu boleh mengelakkan Afi dari terlibat dalam semua ni. Tapi kalau tak disebabkan semua tu, tak merasa la Afi lari turun bangunan dgn menggunakan tali atau shopping baju baru dalam keadaan memakai seluar bercetak gambar popeye. Cant believe it, tapi penulis nie boleh imagine sampai ke tahap nie. Wow...fanstatik..agak-agak kalau diadaptasikan ada ke tak scene nie ekk???

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com