11 May 2012

Resepi Maggi Goreng Kari Letup ala-ala Mamak



`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat Hari Jumaat..moga hari segala penghulu hari ini akan memberikan penuh kerahmatan kepada anda. Jangan terkejut atau hairan. Ya, memang agak pelik honney update blog awal-awal pagi begini. Bukannya angau atau mamai dipagi hari, tapi pagi nie honney kena jadi drive untuk adik-adik. Seawal jam 6.00 pagi honney kena hantar depa semua pergi sekolah. Nanti keluar lewat traffic jam. Walaupun jam baru je pukul 6.00 pagi tapi cuaca disini cepat cerah berbanding di semenanjung.

Kalau nak dibandingkan macam pukul 6.45-7.00 pagi la kalau kat tempat korang sana. Nanti honney akan tunjukkan suasana awal pagi di sini. Tunggu di entry yang akan datang, Insya’Allah. Disebabkan pagi nie dah bangun awal, jadi perut pun mula berkeroncong awal. Nak sediakan menu yang lazat dan meyelerakan memang tidak susah, walaupun tiada bahan namun cukup sekadar mee segera 2-3 bungkus dan beberapa bahan yang lain. Nak tahu caranya, korang mestilah baca sampai habis ye..

         Menu ini dijamin cukup mengenyangkan perut anda hingga ke tengahari. Lainlah kalau buatbanyak tu memang sampai ke malam ler kenyangnya. Actually dalam masak-memasak nie, jujurnya honney tak pandai masak dalam kuantiti yang banyak. Mungkin itu hikmahnya honney dilahirkan dalam keluarga yang sederhana sahaja. Cuma ada 3 orang adik-beradik tapi keriangannya macam 10 adik-beradik. Bukan tak pernah cuba masak dalam kuatiti yang banyak, cuba banyak kali dah tapi akhirnya nanti mesti masakan tu nanti kurang umphh...tak semua orang mampu menyediakan juadah dalam kuatiti yang banyak. Tapi kalau ada yang mampu menyediakannya memang honney salute korang lah. Kalau ada sebarang tips harap-harap korang share lah ye, macamana nak masak dalam kuatiti yang banyak tapi SEDAP!!!


         Malas nak membebel banyak-banyak, perut pun dah lapar. Lagipun honney nie bukanlah menaip entry ketika lapar ye.. Perut mau penuh dulu baru boleh buat kerja. Resepi kali ini bukanlah seberapa, honney  tau ramai yang lagi terer buat maggi goreng yang lagi mantoppp dari honney nie tapi tak salahkan kalau honney nak kongsi dengan korang resepi honney  nie. Resepi nie sangat simple, tak perlu letak sebarang sayuran, daging, ayam mahupun ikan bilis cukup beberapa bahan perencah untuk menjadikan hidangan maggi goreng anda lazat seperti di warung mamak. Resepi kali ini cukup sesuai untuk sesiapa yang anti-sayur. Jom kita lihat bahan-bahannya.


 Resepi: Maggi Kari Letup Goreng ala-ala Mamak.
Sumber: Rekaan sendiri.

Bahan-bahan: (untuk 3-4 orang)
3 bungkus Maggie kari letup yang sudah direbus (toskan)
*4 ulas bawang putih
*2 biji bwang merah
*1 sk belacan yang digoreng tanpa minyak (boleh juga dibakar)
*ditumbuk halus
2 sb cili kering yang sudah dikisar (ikut tahap kepedasan anda)
2 paket perencah manggi
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
**2 sb sos cili
**3 sb sos tomato
**2 sb kicap manis
**1 sk lada sulah yang ditumbuk halus (ikut tahap kepedasan anda)
**½ sk perencah ajinomoto
3 sb minyak masak
Sedikit air

Bahan untuk hiasan: (optional)
Timun dan telur dadar

Cara-caranya:
1-    Panaskan minyak dalam kuali.
2-    Tumis bahan yang bertanda *.
3-    Masukkan cili kering. Tumis hingga keluar minyak.
4-    Masukkan serbuk perencah manggi. Kacau.
5-    Masukkan bawang besar. Gaul sebati.
6-    Masukkan bahan-bahan yang bertanda **. Kacau hingga sebati.
7-    Tambahkan sedikit air. Kacau lagi.
8-    Pastikan bahan tumisan itu cukup rasanya sebelum dimasukkan manggi.
9-    Selepas 5 minit, masukkan manggi yang sudah direbus. Gaul hingga kering atau sedikit basah.

Siap dihidang bersama hirisan timun dan telur dadar.


*p/s: Jangan rebus maggi terlalu lama atau sehingga kembang. Nanti kalau goreng maggi akan jadi lembik dan tak tahan lama. Cukup rebus diantara 5-8 minit sahaja.
--SELAMAT MENCUBA--








2 comments:

  1. memang sedap pon...mai suke ...selalu bt cemni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah sedap klu mls nak msk lauk berbagai...cukup dgn maggi nie je...kenyang sampai esok...haha

      Delete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com