25 May 2012

Resepi Kerabu Ulam


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Sejak pindah ke Sibu nie, honney dah berjinak-jinak makan ulam-ulaman nie, tak semua ulam yang den telan hanya sesetengah sahaja. Maklumlah nenda kata sapa suka makan ulaman nie nanti awet muda, muka tak cepat tua..bla..bla..bla...dek tak mahu muka cepat tua sanggup deh den telan itu semua asalkan kena cara penyediaannya.

Kes suka makan ulam nie disebabkan awal tahun lepas nenda datang diam (tinggal) di sini lebih kurang dua bulan lebih. Nenda suka makan ulam, setahu den semua daun kalau boleh dia nak makan. Kalau jalan kat kampung dengan dia semua dia kata boleh makan. So, cucuanda yang kurang minat makan nie, time dia makan mesti tanya itu ini.

“Nie daun apa tok (panggilan den  untuk nenek)’’

Nie la daun paku rawan.

Oooooo..(mulalah arik panjang bukan main ‘O’ nye )Rasa dia camne?? Tawar ke pahit ke??

Qasa la dulu, nanti hang tau la??

Den pun ambil ler sikit gigit hujung lidah, maklumlah fobia dengan benda pahit-pahit nie..rasa dia..ermm

Hah..qasa pa??

Rasa cekelat..haha..rasa dia tawar-tawar sikit tapi manis kelat-kelat..ermm not bad..tak ler pahit macam hempedu.

Banyak lah hang punya cekelat. Daun nie kalau buat kerabu ulam sedap nie..

Yeke tok?? Ermm..sok tok buatkan ehh..


Tiba-tiba mak den menyampuk, ‘hang buat ler sendiri, belajaq dengan tok tu’

Ermm..yela..


Maka, dengan itu bermulalah episode den berjinak-jinak dengan dunia ulam-ulaman nie, dah 3-4 kali den buat kerabu ulam..nak tahu caranya baca sampai habis..

Resepi: Kerabu Ulam
Sumber: Nendaku Tercinta

Bahan-bahan:
2 batang bunga kantan (dipotong kecil-kecil)
*½ cekak pucuk midin (dipotong pendek-pendek)
*Secekak paku rawan  (dipotong panjang sikit lebih kurang ½ inci)
* sedikit taugeh dipotong dua
Secekak pucuk ulam raja (dipotong kecil-kecil)
**1 biji bawang besar (dicincang halus)
**3 sb kerisik yang sudah ditumbuk
**½ cawan kelapa putih yang sudah ditumbuk
**½ cawan santan
**Seekor ikan yang telah direbus(ambil isinya sahaja kemudian tumbuk)
**1 inci kunyit hidup (dihiris halus)
**3 biji limau kasturi (ambil jusnya sahaja, kulit boleh dihiris halus-halus kalau suka pahit-pahit sikit)
**Sedikit garam
**Gula secukup rasa
* celur dengan air panas hingga ½ layu.

Bahan ini ditumbuk halus:
2 biji bawang besar
½ sb belacan
3 biji cabai melaka(ikut tahap kepedasan anda)

Cara-caranya:
1-     Masukkan bahan make-up nya dahulu, iaitu  bahan yang bertanda** beserta bahan yang ditumbuk halus. Gaul hingga sebati.
2-     Kemudian masukkan bahan yang lain. Sebatikan, kemudian rasa sedikit. Kalau tak cukup rasa adjust-lah bagi sedap. Tambahlah jus limau kasturi kalau tak masam. Begitu juga dengan masin dan manisnya. Kalau semua dah sebati bolehlah dihidangkan bersama nasi panas-panas.

NOTA: Jangan dibiarkan berada diluar lama-lama, sebab kerabu ini ada santan. Nanti dia cepat berbau. Better simpan dalam peti sejuk baru tahan lama.
--SELAMAT MENCUBA--

1 comment:

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com