13 May 2012

Resepi Kek Coklat Sarang Semut


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat hari Ibu, honney ucapkan kepada semua ibu-ibu di dunia especially to my bonda Zuraihan Ibrahim. Tanpamu siapalah daku. Untuk mengenangkan kembali hari Ibu, honney nak imbau kembali kek coklat aising yang pertama honney buat tahun lepas sempena hari ibu. Tahun ini seperti yang sudah maklum honney tak buat kek, tapi buat sate ikan dan juga apam beras a.k.a apam senyum. Korang boleh check entry TENGOK SINI dan LIHAT SINI. 

Sebelum deco, yes agak gelap.


          Kek Coklat ini agak gelap sikit dan rasanya agak pekat sebab bercampur dengan pes Nescafe. Rupa kek nie pun macam kek sarang semut je, dan testur dia agak moist-moist gitu. Kebetulan ada seorang kawan lama merangkap kakak kepada honney  (iolls was the eldest so, berangan nak ada kakak ler) meminta resepi aising. So, honney sarankan guna resepi nie sebab keputusannya tak kecewa beb. Moh kita layan step by step. 

Resepi : Kek Coklat Heaven
Sumber: My Recipe.com

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur 
1 cawan minyak masak 
1 cawan gula pasir 
1 cawan gula perang 
1 cawan nestum

Bahan A 
1 sudu kecil vanila 
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe 

Bahan B 
2 sudu kecil sodium bicarbonate 
1 sudu kecil baking powder 
1/2 cawan serbuk koko 
2 cawan tepung gandum 

Bahan C
250g buttercup
500g gula ising(ayak)
1sb air panas
2sk esen vanilla
*2sb serbuk koko(kalau nak warna lain bolehla masukkan pewarna ikut citarasa anda)

Cara-cara:- 
1.Pukul telur hingga kembang 
2.Masukkan gula dan pukul lagi 
3.Kemudian masukkan minyak masak 
4.Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5.Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.
6.Untuk butter creamnya pula. Campur butter cup,gula,air panas & esen vanilla
7.Pukul sampai kembang.


Korang boleh tengok resepi nie juga:-


--SELAMAT MENCUBA--

2 comments:

  1. wow , sedapnye kek ni . nanti suruh akak buat hoho ... done follow here :D hye saya Am . pemilik blog amercorner.


    http://amercorner.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. pandainya buat kek~

    jemput singgah,
    http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/freebies-header-part-i.html

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com