15 May 2012

Resepi Jus Buah Naga


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Ku sangkakan panas berpanjangan,
Rupa-rupanya hujan di tengahari.

Cuaca di sibu seperti bait-bait lagu diatas, pagi panas terik, petangnya hujan. Jadi seperti biasa dikala waktu begini honney   akan masuk dapur selongkar peti sejuk tengok ada benda apa yang boleh dimasak dan ditelan. Ayat orang lapar gamaknya beginilah. 


Apa yang ada dalam peti sejuk di teratak  honney  kali ini adalah buah naga merah. Bagi siapa yang tak tahu isi buah naga sebenarnya ada dua warna iaitu warna putih dan juga merah. Ada kata 4 jenis, LOOK HERE. Warna putih rasanya agak masam dan sedikit tawar (honney kurang minat), manakala isi buah yang berwarna merah agak kepurpelan/pink itu rasanya manis dan lebih enak ditelan..dan ianya telah menepati citarasa honney untuk lebih setia menelannya. Ohcemm!! Hahaha..>screamy face<

Nak tahu mana satu buah yang isi dia warna putih dan yang mana warna merah?? Say yes..i do..i do..hehe..guys look this àPRESS HERE

--orait, kepada siapa yang nak tahu beza antara putih dengan merah senang sahaja--

1-    Kalau yang putih bentuk buah dia akan lonjong seperti gambar dibawah nie la ye



2-    Dan kalau yang merah bentuk buahnya akan bulat seperti dalam gambar.


Harap selepas nie korang tak ada salah pilih atau salah beli lagi ye. honney harap info kali ini dapat membantu korang.


Resepi: Jus Buah Naga
Sumber: Rekaan sendiri

Bahan-bahan:
2 biji buah naga(honney guna yang isi merah)
500 ml air
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar (honney guna susu pekat)
1 cawan gula (*kalau guna susu pekat just guna ½ cawan gula dan sebaliknya)
Sedikit perahan limau kasturi
Sedikit ais batu

Cara-caranya:
1-    Blend semua bahan secara kecuali ais batu.
2-    Siap dihidangkan bersama ais batu.

3-    Sedap dihidang ketika sejuk.

Nak tahu kelebihan Jus Buah Naga ini boleh Rujuk SINI. Jus buah naga nie juga boleh dibuat aiskrim buah naga juga, nak tahu caranya jom terjah aiskrim buah naga.

3 comments:

  1. haha, blh la tahan, aku edit lg lawa =='ssh gila nk cri . nie bkn termasuk dlm dessert ka ? punya la cri . bru jumpa .

    ReplyDelete
  2. leganya kalau minum air tu arhhhh xD

    ReplyDelete
  3. eyqa baru wat smalam...dragon fruit yg putih ssah dah nak jumpe...
    http://chocolateholic4eva.blogspot.com

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.