15 May 2012

Resepi Homemade Marble Ice-cream

 `•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Siapa kata facebook membawa kepada kemungkaran, jelas sekali entry kali ini honney berpihak kepada facebook. Malah resepi kali ini pun honney perolehi daripada salah seorang kakak yang baik hati kongsi resepinya di halaman foto di facebooknya. Terima kasih akak cantek. resepi ini baru 1st time honney  try petang semalam.

Sebelum nie honney  pernah buat ice-cream ala-ala mat saleh nie tapi caranya sangat berbeza dan memerlukan 2 hari untuk menyiapkannya. Memang menyabarkan iman jugalah. Tak henti-henti buka icebox nak tengok dah beku ke belum. Bagi yang terlepas entry tersebut sila rujuk DISINI.         

Resepi : Homemade Marble Ice-cream
Sumber:  Kak  Noraslinda Bugal (facebook)

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat manis
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko (honney  guna perasa coklat)

Pewarna merah jambu(honney guna sedikit pewarna ibu sirap)

Sedikit perisa strawberry
Cara-caranya:

-Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
-Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
-Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
-Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
-Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
-Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan
-Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian
-Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
-Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
-Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)


-Pastu boleh le dicorakkan aiskrim macam marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
sebelum keras

-Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
-Bila dah beku/keras boleh la dinikmati.


selepas dibekukan semalaman.


 yummy...

rainbow you!!

 cepat sangat dia cair

 --SELAMAT MENCUBA--


5 comments:

  1. wajib cuba ni :) tq 4 sharing

    ReplyDelete
  2. Alamak.. eskrim rainbow ler.. nk cuba lh nnt.. tq bg resepi..

    ReplyDelete
  3. Alamak eskrim rainbow.. nk cubalh nnt.. tq bg resepi..

    ReplyDelete
  4. Alamak eskrim rainbow.. nk cubalh nnt.. tq bg resepi..

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.