20 May 2012

Resepi Aiskrim Goreng


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Hye korang..terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yang tak seberapa nie, den sedar siapalah diri den nie. Kalau nak korang masuk entry nie mestilah berkaitan dengan makan..makan..dan makan. Madu dengan lebah tak dapat dipisahkan begitu juga dengan Honney dengan makan tak dapat dipisahkan..hehe...makin bertambah size y’all..hancus plan diet den dulu. Bilalah nak insaf kan. Semakin hari semakin tue y’all.

         Entry kali nie tentang resepi yang pernah famous amos dahulu kala, bukannya sate lah ye macam SATE IKAN tu, kali ini Aiskrim Goreng. Ermm..nama macam tak glamour je, so honney glamorous-kan dia dengan rename semula iaitu “Fried Homemade Marble Ice-cream”. Nah amek kau!! Panjang sekali namanya. Kalau korang perasan la ye, sudah 3 entry tentang Homemade Marble Ice-cream termasuk yang nie skali ler. Maksudnya disini, dengan satu bahan kita boleh pelbagaikan kalau anda rajin. Bab makan sapa tak rajin kan. Anda bagaimana??


         Aiskrim goreng?? Pernah dengar?? Pernah makan?? Dulu famous ya amos di negeri sebelah timur sana. I mean Kelantan & Terengganu not Arab Saudi okey. Time primary school je kalau kawan-kawan pergi makan angin kat sana mesti cerita  “eh aku pergi sana aritu makan aiskrim goreng la’’ kita yang dengar nie pun terliur ler sambil membayangkan lagu mana la rope aiskrim goreng tu, tak cair ke bila kena goreng. Dah besau gajah nie baru lah den mengerti ropenye yang telah di-rename semula kepada Fried Homemade Marble Ice-cream. Nampak class gitu. Klas kau tijah!! Haha.. J


         Fried Homemade Marble Ice-cream nie sebenarnya sudah tiga hari difrozenkan, harinie bersamaan 19 mei baru teringat nak goreng (ropenya rujuk gambar ler). Alamak esok 20 mei sudah...apa tu..apa tu..huhu my day deh...dah makin besau dinosaur la jawabnya. Esok cuti masak, hari untuk makan..makan..makan... Makan lagi, mahu tak besar. Tunggulah London weight management offer cari duta baru, mau gak honney den mohon nanti..haha...(mahu ke dia amek den nie hah??)


Panjang cik honney  nie membebel, orait..jom pergi tengok bahan-bahan untuk membuat Fried Homemade Marble Ice-cream nie.

Resepi: Fried Homemade Marble Ice-cream.
Sumber: Tak ingat owner asal & ikut kepala sendiri yang mana sesuai.

Bahan-bahan:
6 keping roti potong (lagi bagus kalau gardiner tu, tapi sibu tak de roti tu..huhu, honney beli roti homemade je)

1 cawan aiskrim (of course ler, honney buat sendiri oke..ohcehh..belagak jap)
Mug (rujuk gambar)



Pisau untuk potong (rujuk gambar)
Tupperware (untuk frozen nanti)

Cara-caranya:
1- Telangkup mug di tengah-tengah roti potong,untuk buat bentuk bulat (rujuk gambar).


2-    Kemudian letak aiskrim lebih kurang 1½ sb.


3-  Telangkup roti yang telah di-mark dengan bentuk bulat, tekan kuat-kuat. Kemudian potong lebihan roti di luar mug. (rujuk gambar)


4-    Kepilkan bagi both side roti tu melekat each other okey. Jangan sampai nampak aiskrim didalam.

5-    Ulang step 1-4 sampai cukup kuantiti korang nak. Then frozenkan roti ais tadi tu selama semalam. (honney  frozen sampai 3 hari, lupa punya pasal.)


6-    Panaskan minyak, goreng sekejap je, kira 1,2,3 dan sedia untuk di-ngap..
7- Lebihan roti jangan dibuang..boleh dibuat seperti den.




NOTA: Lebihan roti yang dipotong jangan dibuang. Boleh dibuat puding roti atau ikut cara den(rujuk gambar). Membazir itukan amalan SYAITAN.


--SELAMAT MENCUBA-- 

2 comments:

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.