18 May 2012

Resepi Daging Masak Jintan



`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat menjamu selera, untuk makan tengahari cum makan malam hari ini, honney sediakan menu berasaskan Daging. Menu ini di ajar oleh bonda honney sendiri. Sudah semestinyalah rasanya sangat umphh marvelous. Tak percaya korang boleh try sendiri untuk dijadikan sebagai salah satu menu untuk hidangan bersama ahli keluarga anda.


Resepi: Daging Masak Jintan
Sumber: Bondaku Tercinta

Bahan-bahan:
500 gram daging (dihiris halus)
*1 biji bawang besar
*1 sb jintan manis
1 biji bawang besar(dihiris bulat)
Sedikit garam.
Sedikit perasa.
1 cawan air

*dikisar

Cara-caranya:
1-    Kisar bahan yang bertanda *.
2-    Gaul bersama hirisan daging.
3-    Perapkan seketika, dalam 15 min.
4-    Panaskan kuali. Masukkan daging bersama bahan perapan tadi.
5-    Tutupkan dengan tudung periuk.
6-    Masukkan air.
7-    Tutup kembali.
8-    Agak-agak daging dah empuk, bolehlah masuk sedikit garam dan perasa.
9-    Masukkan hirisan bawang besar. Siap untuk dihidangkan.


--SELAMAT MENCUBA--



No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.