8 May 2012

RESEPI DAGING MASAK HITAM BONDA

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Setelah memasak beberapa kali, baru hari ini honney nak kongsi dnegan korang semua satu lagi resepi iaitu Resepi Daging Masak Hitam Bonda. Maklumlah tak lama lagi hari ibukan, jadi resepi kita kali ini pun tak lepas dari mengingati ibu tersayang jadi honney  selitkan resepi ini dengan nama bonda. Lagipun asal usul resepi ini memang datang dari bonda honney sendiri. Sebenarnya resepi ini wujud selepas satu peristiwa dimana pada tahun 2002 (10 tahun yang lalu)  honney sekeluarga pergi makan kenduri di rumah jiran di kampung bonda. Waktu ini  honney masih tinggal di rumah nenek, sebenarnya parents  honney dan bina satu rumah sebelah dengan rumah nenek. Maklumlah semua dah duduk jauh jadi waktu ini ayahanda masih kerja di Bandar Alor Setar jadi nenek suruh tinggal dengan dia. Sakit demam dia ada juga orang ambil peduli.
        
         Orait, berbalik pada pangkal jalan semula. Waktu makan kenduri tadi tu, hanya satu hidangan yang berjaya menarik minat honney untuk terus menambah nasi sampai berpinggan-pinggan. Waktu ini kalau makan kenduri lauk-pauk semuanya dihidangkan di atas meja, So, kalau kalau kita nak tambah dua tiga kali memang no hal lah. Habis lauk orang datang tambah lagi. Tak macam sekarang, semuanya main layan diri je. Nak tambah malu aihh nak bangun dua tiga kali. Tambah-tambah kita nie perempuan. Jatuh ler our waterface as gadis melayu right. Waktu makan nie memang melanatak habis-habisan lah. Maklumlah tak makan seharian, sebelum pergi kenduri tu bonda memang ada pesan jangan makan kat rumah sebab nak pergi makan kenduri. Masa tu masih kanak-kanak ribena lagi, dengar je perkataan ‘kenduri’ kat otak mesti terlintas nak gula-gula. Maklumlah ‘gula-gula’ dekat rumah kenduri juga yang jadi rebutan walaupun mampu beli di luar. Nama pun kanak-kanak ribena, mana matang lagi weiii.

         Seminggu selepas kenduri tadi tu, bonda ada tanya yang honney  masih ingat lagi tak lauk daging masak hitam yang dihidangkan ketika kenduri itu berlansung. Makan sapa tak ingat ye tak.  Cepat-cepat honney   menganggukkan kepala laju-laju macam burung belatuk tu. Apalagi bonda terus lah masuk dapur dan menyediakan juadah tersebut. Waktu tu internet tak famos amos lagi tak macam sekarang kalau boleh nak goreng lauk pun nak cari resepi kat internet gak. Apa punya orang lah. Jadi dari situlah wujudnya resepi nie yang telah di-update kesedapannya dari semasa ke semasa. Dulu buat guna kicap masin dan gula je sekarang dah maju kan guna pelbagai jenis kicap antaranya kicap pekat, kicap manis, kicap masin


Resepi: Daging Masak Hitam Bonda
Sumber : Koleksi Bondaku Tersayang

Bahan-bahan ( 5-6 org. )
1 senduk cili kering yang dah dikisar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar jintan manis
kulit kayu manis dan bunga lawang secukupnya.
kicap manis secukupnya (honney  guna kicap adabi)
Sedikit kicap pekat
minyak secukupnya
satu mangkuk hirisan daging (boleh diganti dengan ayam goreng)
*sedikit ajinomoto
*sedikit air asam
*garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1.     Hiris daging nipis-nipis.
2.     Masak daging (tanpa minyak) hingga kering airnya. Masak dengan api sederhana, kalau tak nanti daging jadi liat.
3.     Bila dah kering, masukkan minyak secukupnya.
4.     Masukkan jintan manis, kulit kayu manis dan bunga lawang
5.     Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam kuali daging.
6.     Masukkan kicap secukupnya dan masak hingga pekat.
7.     Masukkan bahan yang bertanda * secukup rasa.
8.     Siap untuk dihidang.

--SELAMAT MENCUBA--


0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com