25 May 2012

Resepi Cucur Sayur


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Rasa sekejap sahaja petang menjelang. Kadang-kadang rasa macam baru bangun tidur je (maklumlah bangun pun dah nak tengahari..oppss kantoi sudah). Selalunya kalau tiba waktu petang begini, apa aktiviti yang anda lakukan??

Adakah anda sedang...
A- ...bersama keluarga
B- ...bersama teman/kengkawan
C- ...bersama kekasih

Apa pun pilihan anda Hanis harap anda tidak melakukan perkara yang sia-sia sahaja.


         Kalau petang-petang begini Hanis  akan menonton televisyen ler tapi hanya pada hari bekerja dari pukul 5pm-8pm..continued 9pm-11pm (bergantung pada cerita yang ditayangkan). Tapi kalau pada hari hujung minggu dikala waktu petang begini Hanis akan masuk dapur untuk mengenyangkan tong..haha(bunyi agak kasar kan)..masuk dapur untuk menyediakan juadah untuk santapan family ler. Makan time katakan, nak tengok TV hujung minggu jarang ada rancangan yang menarik.   So, kita masuk dapur untuk melihat bahan-bahan apa yang boleh dijadikan satu juadah yang mudah dan enak dinikmati.

         Akhirnya, Hanis  sudah nampak juadah yang bakal dinikmati nanti. Yang selalu ada dalam stok simpanan sekarang adalah Tepung Gandum…ermm apa lagi buat jemput-jemput la. Tapi buka jemput-jemput bilis tapi kali nie Hanis  nak buat cucur sayur, disebabkan ada banyak juga sayur di dalam peti jadi petang nie kita makan cucur sayur ye. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.


Resipi: Cucur Sayur


Bahan-bahan:
300gm tepung gandum (Hanis guna 2 cawan )
*½ biji bawang besar | dihiris (Hanis potong dadu)
*50gm lobak merah (dihiris halus)
50gm kubis (Hanis tak letak)
*10gm udang kering | ditumbuk (Hanisgantikan dengan ikan bilis)
1 biji telur (Hanis tak letak)
Setengah cawan nasi yang dihancurkan/ditumbuk (Hanis tambah)
Sedikit serbuk  kunyit (Hanis tambah)
1 sk air kapur (Hanis tambah)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

p/s:
Telur digunakan untuk mengaringkan cucur semasa mengoreng.Manakala nasi digunakan untuk melenbutkan cucur tersebut. Boleh digoreng dengan segera,lebih enak jika dibiarkan selama beberapa jam(bancuh semalam-goreng waktu pagi, bancuh pagi-goreng waktu petang)

Cara memasak:
1.
Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk adunan.
2. Masukkan telur/nasi, serbuk kunyit, air kapur dan garam secukup rasa.
3. Masukkan air (1½ cawan) dan gaul hingga rata.
4. Kemudian baru masukkan tepung gandum perlahan-lahan. Gaul sebati.
5. Panaskan minyak masak di dalam kuali, sudukan adunan dan goreng sehingga kekuning-kuningan.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.


*Cara bancuhan(masukkan air(agak-agak tak cair lah adunan tu nanti) dahulu kemudian masukkan semua bahan kecuali tepung, ramas-ramas dulu dah last sekali baru diikuti dengan tepung) begini mak saudara Hanis yang ajar. Katanya cucur itu nanti akan lebih sedap dan enak dihidangkan satu keluarga.

NOTA: Cucur ini juga sedap dimakan bersama Sos Cili + mayonis. ..


J--SELAMAT MENCUBA--J

1 comment:

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com