18 May 2012

Resepi Cocktail Grape Ice-cream


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Hoorey…hoorey…
Seperti biasa, honney akan sentiasa kongsikan menu-menu atau resepi yang ringkas-seringkas mungkin untuk korang-korang yang baya honney nie untuk menyediakan juadah yang lazat lagi enak  untuk dinikmati bersama keluarga anda. 
    

         Kali ini, honney nak share lagi satu resepi yang honney baru reka. 1st buat nie, alhamdulillah rasanya boleh menghilangkan dahaga anda. Dan enak dinikmati ketika musim panas. Sebenarnya, resepi kali ini berasaskan SUSU..precaution kepada sesiapa yang alah kepada susu, anda dilarang mencuba resepi ini ye. 


Nanti jadi pape, oppss not my fault. Orait seperti yang diberitahu tahu tadi, resepi kali nie merangkumi 4 jenis SUSU, dan menariknya kali ini, honney tak guna gula tetapi gantikan dengan SUSU juga untuk memanisnya. Nak tahu lebih lanjut, stay tune… J
  
Apam polcadot sebagai model tanpa bayaran..hehe


Resepi: Cocktail Grape Ice-cream
Sumber: Rekaan Sendiri


Bahan-bahan:
10 biji buah anggur (dipotong 6)
1 cawan susu segar
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
½ cawan susu tepung (dibancuh dengan 3 sb air panas)
1cawan air suam
Plastik aiskrim

Cara-caranya:
1-    Buah anggur dipotong 6, buang bijinya.
2-    Campurkan kesemua jenis susu dan air. Sebatikan.
3-    Masukkan hirisan buah ke dalam plastik ais.
4-    Kemudian masukkan bancuhan air susu tadi. Ikat ketat-ketat.
5-    Frozenkan semalaman.
6-    Keesokkan harinya, à selamat menjamu selera.


--SELAMAT MENCUBA--

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.