11 May 2012

Resepi Bawal Stim Masam Manis


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat Hari Jumaat, juga selamat hari bekerja pada sesiapa yang bekerja.Yehh esok cuti..(padahal ku hari-hari cuti). Hari ini honney  langgar sikit penjanjian dimana pada bulan lepas honney  ada kata mahu kongsikan resepi yang telah honney  cuba hanya pada hujung minggu. Tapi disebabkan hari ini honney  terlalu bosan tak tahu nak buat apa, maka terjadilah entry masakan untuk tengahari ini. Oppss!! Pada sesiapa yang berpuasa sunat maafkan hamba ya. Tak apa kalian boleh sediakan untuk berbuka nanti.                
        
         Bagi  honney  masakan kali ini agak simple dan sudah berkali-kali honney buat untuk santapan keluarga. Bukannya bermakna bonda honney tak masak tapi macam mana ye nak cerita kat korang. Aduhaii… susah juga nak explain sebenarnya. Macamana ler seorang guru boleh mengajar sampai anak muridnya faham. Jangan lupa 16 mei nanti, merupakan hari guru. Manakala Hari Ibu pada 10 mei. Dah fikir nak kasi apa untuk ibu-ibu anda.

         Berbalik pada pangkal jalan semula. Sebenarnya masakan stim-stim nie bonda  honney  lebih menyerahkan kepada anak daranya ini untuk menyediakannya kerna dia telah menerima hakikat bahawa anaknya ini lebih handal dalam bab stim ikan(ewah..ewah..masuk bakul angkat sendiri, naik lif tekan ler sendiri..ya tak...hahaha)...kita gurau-gurau sahaja. Tapi itulaha hakikat dimana nenda honney  sendiri mengakui kehebatan cucunya ini (perasan lagi...well cekali cekala..)


         Dah panjang lebar  honney  membebel maklumlah orang menganggur gamaknya beginilah. Papepun jom layan resepi Bawal Stim Masam Manis.
Actually resepi nie main campak-campak je, yang penting kena IKHLAS.



Resepi: Bawal Stim Masam Manis
Sumber: Rekaan sendiri

Bahan-bahan:
1ekor ikan bawal (optional)
*1inci kunyit hidup
*2 inci halia
*2 ulas bawang putih
*3 biji bawang merah
(*ditumbuk kasar)
**3 sb sos tiram
**3 sb sos tomato
**3 sb sos cili
**2 sb kicap manis
**1 sb oren sunquick/jus limau kasturi
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Untuk Hiasan: (optional)
1biji bawang besar (dihiris bulat)
1batang carrot (dihiris bunga)
1 biji tomato (dibelah dua)
½ capcisum (dipotong dadu)
atau
100 gm brokoli/kacang peas dan sebagainya

 Cara-caranya:
1-    Letakkan periuk kukus ke atas api. Sementara nak tunggu air mendidih bolehlah kita sediakan ikan serta make-up-nya.
2-    Bilas ikan dengan air, toskan.
3-    Gaul ikan bersama kunyit dan garam.
4-    Masukkan bahan yang ditumbuk kasar. Lumurkan di sekeliling badan ikan tersebut.
5-    Kemudian letakkan bahan bertanda ** diatas ikan yang telah dilumur tadi.
6-    Hias mengikut kreativi anda
7-    Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.

p/s: Kalau mahu kuah sila tambah ½ cawan air. Diingatkan ikan nie akan mengeluarkan airnya sendiri ketika kukus. Kalau nak letak bahan-bahan untuk sos ke apa ke sila letak dan susun diatas badannya. Barulah uphmm!!!..

--SELAMAT MENCUBA--

2 comments:

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com