8 May 2012

RESEPI AYAM MASAK MERAH

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


Selamat berhujung minggu, seperti yang dijanjikan setiap hujung minggu                          honney akan berkongsi satu resepi dengan korang semua. Resepi kali ini dah lama honney cuba, yang pasti kelazatannya cukup terasa. Resepi kali ini pun lebih kurang dengan resepi Ayam Masak Merah ala kenduri yang pernah honney post pada entry-entry yang lepas. Nak tengok yok check DISINI. Sebenarnya kalau kira tengok-tengok kembali setiap resepi-resepi nie semuanya lebih kurang sahaja.

Tak perlulah kita nak ikut bulat-bulat kalau dah bahan yang digunakan tu nampak macam sukar dicari atau tidak menepati selera anda apa lagi. Make a change ler…ubah ler sikit-sikit then jadi resepi kita sendiri. Ye tak??? haha..memandai je kan nak ubah resepi orang lain jadi resepi kita. Marah chef-chef kita nanti. Maafkan kami…maaf….kan…kami….hehehe...


Resepi yang dibawah ini khas ditujukan kepada penggemar masakan ayam macam  honney...jom kita layannnnnn...


Resipi: AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:
500gm ayam (5-6 ketul ayam yang sudah digoreng)*
ikut keperluan jumlah orang yang nak makan.
5 sudu makan bawang merah kisar (3 biji bwg besar)
4 sudu makan bawang putih kisar (2 biji bwg putih)
2 batang kulit kayu manis
1 sudu teh bunga cengkih
3 biji bunga lawang
5 sudu makan cili giling (honney cili kering yang dikisar)
4 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan tomato puri (honney tak letak)
3cm halia muda
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji tomato
1 batang serai | diketuk
2 helai daun pandan | disimpul
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih yang dikisar, halia muda, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, serai dan daun pandan sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili yang sudah dikisar. Masak sehingga naik bau dan garing.
3. Setelah itu, masukkan sos cili dan sos tomato. Perasakan. Kacau sehingga rata dan masukkan sedikit air untuk dijadikan kuahnya. Kalau suka kuah banyaka tambahkan air lagi.
4. Seterusnya masukkan ayam goreng dan sebatikan dengan kuahnya.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan tomato yang telah dihiris tadi. Sedia untuk dinikmati.


--SELAMAT MENCUBA--^^,

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com