25 May 2012

Resepi Apam Polcadot mudah dan sedap


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Hepp…hepp..hepppi..
Kali ini  Hanis kembali mengapam. Setelah sekian lama tak mengapam nie last mengapam time sekolah dulu(boleh rujuk entry Apam Dot Sedap), tup-tup petang nie Hanis akan mengapam kembali. Bukan apa, apam kali nie khas dibuat untuk sahabat lama.
        
         Sahabat yang dimaksudkan adalah saudari Norhayati yang sekarang tinggal di sibu juga. Kami berkawan ketika form 3 lagi, waktu tu Hanis tinggal di Bandar Samariang, Kuching. Manakala, hayati nie tinggal di Taman Puteri, Kuching. Selang satu taman je (tak ingat namanya). Disebabkan kami sekelas, dan dia merupakan salah seorang sahabat Hanisyang banyak tolong Hanis dalam pelajaran terutamanya subjek add math. Subjek yang Hanispaling lemah ya rabbi. Kalau tak faham, Hanis akan rujuk dengan dia. Buku dia juga menjadi mangsa Hanisuntuk membuat rujukan. Kami berkawan setahun lebih je.

        
         Selepas PMR, dia mendapat tawaran untuk ke MRSM, Kuching. Dia berpindah belajar di sana. Jarak sekolah Hanisbelajar dulu dengan MRSM tu dalam 2 km sahaja. Memang tak jauh. Tapi dulu Hanisnie jenis kaki rumah, suka duduk rumah mungkin disebabkan pengawasan ibubapa yang ketat itu sebab Hanis jarang keluar rumah , pergi berjimba-jimba tu semua.. cayang mak abah..muuahaha..

ini aiskrim coktail..nak tahu resepi dia TENGOK SINI

         Orait, balik ke pangkal jalan. Awal form 5, Hanis kena pindah ikut family ke Johor sebelum pindah ke Sibu awal tahun ini dan keluarga hayati pun akan berpindah ke Sibu. Jadi sekarang mereka dah tinggal sini lebih kurang 3 tahun lebih juga lah. Selepas tahu Hanis akan pindah sini, terus Hanis call dia tanya dia tinggal kat man dan sebagainya. Dahlebih 3 bulan pindah baru Hanis bagitau dia nak pergi rumah dia. Setelah dapat alamat, terus pergi google nak tengok jalan. Maklumlah jalan kat sini tak terokai semuanya lagi. Bagus juga mr. Google nie, walaupun tak terperinci tapi dapatlah juga bayang-bayangnya. Akhirnya kami sampai di destinasi yang ditujui. Apalagi berpeluk cium la kami semua. Lagipun family Hanis dah kenal dengan family hayati. Boleh katakan satu kepala jugalah kalau bonda Hanis bersua dengan bonda hayati nie. Riuh-rendah jugalah kami berbual. Sebagai tanda ingatannya, Hanis bawakan apam polcadot yang di buat khas untuk mereka sekeluarga.


Hanis harapkan persahabatan yang terjalin tidak akan putus, dan honney berharap satu hari nanti akan berjumpa lagi dengan rakan-rakan di Kluang, Johor sana. InsyaAllah.

Resepi: Apam Polcadot II
Sumber: Hanis 
Bahan-bahan:
3 biji telur (dari peti sejuk, tapi Hanis guna yang kat luar je)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (Hanis kisar je gula pasir tu)
150 gm susu segar/ susu cair (Hanis guna susu cair IDEAL)
1 sk ovellet
1 sk esen vanilla
3 sk baking powder(Hanis tambah)
Filling bluberry/serikaya(Hanis letak blueberry)

Beberapa pewarna yang disukai

comei tak??

Cara-caranya:
1-    Masukkan semua bahan apam ke dalam mixer dan putardengan medium speed selama 6-8 min.
2-    Bahagikan mengikut jumlah warna yang dikehendaki.
3-    Masukkan ke dalam piping bag atau plastik yang bersih.
4-    Kalau nak letak filling korang kena picit ½ adunan dulu then baru picit filling sikit ke dalam papercup yang disusun dalam acuan kuih lompang.
5-    Kemudian baru picitkan sedikit filling, dan masukkan adunan hingga penuh(agak-agak jangan melimpah ruah sudahlah)
6-    Dot-dot diatasnya dengan warna pilihan.
7-    Kukus selama 10-15 min.


NOTA: Balut penutup kukus dengan kain untuk mengelakkan air wap dari menitis pada kuih dan jangan buka api besar nanti apam mekar setaman. Guna api kecil ataupun api dapur tengah kalau dapur korang ada dua layer macam Hanis. Sebabnya, api kecil aritu Hanis guna apamnya tetap mekar setaman. Lepas guna api tengah baru dia naik molek.
get ready nak bawa bagi empunya tuannya nanti.

J --SELAMAT MENCUBA-- J


0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com