20 May 2012

Resepi Apam Polcadot yang mudah dan sedap


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Apam polcadot ataupun apam bintik-bintik. Ada juga yang buat versi ladybird. Aduhhh..lagi leceh tu, pernah try dulu wat lagu tu…lepas kukus tak de rope ladybird pun..rope macam ladygaga ada ler..ohhcehh…haha..Dari tahun lepas lagi permintaan terhadap apam nie semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sampaikan kain ela pun dah bercorak polcadot. Maklumlah, sekarang trend polcadot. Rata-rata pergi semua dot-dot. Baju dot-dot, tudung dot-dot, beg, malah kasut pun dot-dot juga. Hebat betul penangan apam polcadot nie. Siapalah perciptanya. Wallahuallam. Hebat sungguh idea dia nie. Mencetuskan fenomena baru.
      

         Oleh itu, Hanis sendiri tak lepas dari penangan apam dot-dot nie. Terbuatnya apam nie disebabkan Hanis kena bawa satu hidangan untuk majlis jamuan akhir tahun kelas sebelum peperiksaan STPM, jadi bonda Hanis yang suruh cuba buat apam nie lah. Mula-mula buat dia mekar, jadi apam senyum. Aduan pertama failed, jadi apam senyum. Hari yang sama buat lagi aduanan baru. Mula-mula tak jadi juga, sampai adunan nak habis dah baru dia jadi molek. Huh geram betul, masih tak puas hati, jadi Hanis buat lagi adunan baru. Pada hari yang sama Hanis buat 3 adunan. Dari pukul 4 petang sampai pukul 11 malam, Hanis berkukus apam nie, akhirnya dapat menyiapkan dalam 95 biji apam polcadot. Kebetulan adik Hanis pun ada buat jamuan dikelasnya juga. Jadi apam ini kami bahagi kepada dua seperti mana gambar dibawah ini.






Resepi: Apam Polcadot I
Sumber: Blog Mama

Bahan-bahan:
3 biji telur (dari peti sejuk, tapi Hanis guna yang kat luar je)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (Hanis kisar je gula pasir tu)
150 gm susu segar/ susu cair (Hanis guna susu cair IDEAL)
1 sk ovellet
1 sk esen vanilla
3 sk baking powder(Hanis tambah)
Filling bluberry/serikaya(Hanis tak letak pun)

Beberapa pewarna yang disukai


Cara-caranya:
1-    Masukkan semua bahan apam ke dalam mixer dan putardengan medium speed selama 6-8 min.
2-    Bahagikan mengikut jumlah warna yang dikehendaki.
3-    Masukkan ke dalam piping bag atau plastik yang bersih.
4-    Kalau nak letak filling korang kena picit ½ aduna ke dalam papercup yang disusun dalam acuan kuih lompang.
5-    Kemudian baru picitkan sedikit filling, dan masukkan adunan hingga penuh(agak-agak jangan melimpah ruah sudahlah)
6-    Dot-dot diatasnya dengan warna pilihan.


Ini kerja budak kechik punya..my adek yang nakal.

7-    Kukus selama 10-15 min.


NOTA: Balut penutup kukus dengan kain untuk mengelakkan air wap dari menitis pada kuih dan jangan buka api besar nanti apam mekar setaman. Guna api kecil ataupun api dapur tengah kalau dapur korang ada dua layer macam Hanis. Sebabnya, api kecil aritu Hanis guna apamnya tetap mekar setaman. Lepas guna api tengah baru dia naik molek.


J --SELAMAT MENCUBA-- J

4 comments:

  1. wah!! comel nya kuih dia!
    pandai nya buat kuih..
    eiqa tak reti pon nak buat kuih-kuih macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah buat lepas nie..ikut step yg honney gtau 2..insyaallah menjdi

      Delete
  2. cantik sangat.. sampai nak makan pon sayang... hehehe

    ReplyDelete
  3. omeyyy. heee. nanti ada masa, Maya cubaa :DDD

    ReplyDelete

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.