25 May 2012

Resepi Aiskrim Strawberry


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Pasti ramai yang tertanya-tanya macamana nak buat aiskrim sendiri seperti kita beli di supermarket sana. Sebenarnya caranya mudah sahaja, Cuma perlu ada keinginan dan kerajinan sahaja. Pasti semua benda akan jadi. Jika korang beli aiskrim diluar, mungkin bajet tak kurang dari RM6-RM15 kan. Tapi dengan resepi kali ini, bajet yang digunakan tidak lebih dari RM 10.

Percayalah, honney dah cuba banyak kali. Tak percaya korang boleh check DISINI, DISANA, TEKAN SINI, PICIT SINI. Tapi resepi ini mengambil masa dalam 2 hari jika kita nak tekstur ais tu betul-betul halus. Tak faham??? Korang baca sampai habis, insyaAllah nanti korang akan mengerti.


Resepi: Aiskrim Strawberry
Sumber: My recipe.com
  
Bahan-bahan:
1 kotak air kotak perisa strawberry (yang besar punya) honney guna jenama ducthlady
250gram coffemate (yang harga dia RM2.90 tu ye, bukan sachet segera 3in 1 tu.)
1 cawan susu pekat(boleh tambah lagi kalau suka manis)

Cara-caranya:
1-     Bekukan air kotak semalaman. (kalau nak buat esok, malam nie bekukan)
2-     Kikis halus-halus mengunakan garfu. (honney guna pisau, kikis halus-halus)
3-     Mixerkan ais yang sudah dikikis tadi, kemudian masukkan coffemate dan susu pekat.
4-     Mixer sampai dia gebu 2x ganda dari jumlah asal.
5-     Masukkan dalam tupperware.
6-     Sejukkan dalam 4-5 jam. Kemudian mixer lagi.
7-     Ulang step ke-6 berkali-kali untuk mendapatkan ais yang halus teksturnya(honney buat 2x je kalau resepi asal dia buat 3-4x).
8-     Lebih sedap dimakan keesokkan hari. Proses ini mengambil masa 2 hari untuk membuatnya.

NOTA: resepi ini korang akan dapat 2 bekas tuperware aiskrim yang asal.


* Kalau tengok gambar aiskrim kali ini tak smooth sangat sebab  honney   cuma mixer 2x je, kalau nak betul-betul smooth korang kena moxer 3-4x. Harap maklum. Kali ini den durhaka sikit. Tak tahan godaan nak makan cepat.  Tak sempat beku semalaman lagi terus bantai se-mug dengan ayahanda. Dia kata sedapppp...wahh kembang beb kena puji. Mau kembang setimba. Kahkahkah,,

--SELAMAT MENCUBA--

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.