15 May 2012

Resepi Aiskrim Jus Durian Belanda


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all
Selamat pagi..

Cuaca di sibu harinie agak panas, hujan kadang-kadang. Panas di siang hari tapi sejuk di malam hari. Kalaulah kat rumah honney nie ada khemah, molek sungguh kalau berkhemah diluar rumah. Sejuk, aman, nyama, damai. Serba-serbi memang sesuai lah kalau ber-camping. Tapi apakan daya, nama pun “kalau’’. Memang tak de punyalah.

         Disebabkan cuaca disini agak panas, honney telah buat aiskrim lagi. Tapi kali ini bukan calang-calang aiskrim. Aiskrim kali nie adalah aiskrim durian belanda. Frozen je, jadi ais batu...hehe..

         Sebenarnya, aiskrim nie terjadi disebabkan lebihan jus durian belanda tempoh hari. BACA SINI.

Kesimpulannya, Tuntasnya, Ironinya, lain kali jangan buat jus lagi. Family honney nie memang tak minat tol air-air berjus nie. Tapi kalau difrozenkan skali dengan ayahanda bonda turut joined nyonyot aiskrim tu hah. Hah amek kau..haha

Resepi: Aiskrim Durian Belanda
Sumber: Rekaan sendiri

Bahan-bahan:
Sebiji buah durian belanda yang sudah masak.
1 cawan gula
5 cawan air
½ ais batu
¼ sk garam
2 biji limau kasturi(ambil jusnya sahaja)

Cara-caranya:
1-    Blend semua bahan-bahan diatas.
2-    Tapiskan airnya. Asingkan isi-isinya.






3-    Masukkan isi-isi buah tadi tu dalam plastik aiskrim.



4-    Kemudian masukkan jus tadi dan ikat ketat-ketat macam dalam gambar.
aiskrim jus durian belanda + aiskrim jus buah naga

5-    Frozenkan semalam.


6-    Keesokkan harinya, siap untuk di nikmati.

--SELAMAT MENCUBA--


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

 
Copyright © 2017 Wadah Berbicara. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.