15 May 2012

Resepi Aiskrim Jus Buah Naga


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all

Selamat berhujung minggu…seperti biasa honney akan kongsikan satu lagi resepi pada hari ini..menu yang menjadi pilihan  honney  kali ini adalah Aiskrim Buah Naga. 

Aiskirm ini sebenarnya dibuat selepas honney buat Jus Buah Naga aritu..disebabkan adik-beradik honney kurang meminati minuman berjus ini jadi  honney  buat keputusan kita bekukan menjadi aiskrim…

Di samping dapat menjadi dessert untuk dinyoyot ketika menonton TV ianya juga dapat mengurangkan dahaga ketika cuaca panas kejap-kejap dan hujan diwaktu petang.

Ermm.. Resepi?? Korang nak juga ke?? honney bukan tak nak share tapitakut juga nanti orang kata resepi simple tu pun honney nak share juga, tahu sangat tak reti masak ke apa ke.. Lantak la apa orang nak kata kan.. macam movie arahan David Teo kalau tak silap “Aku Ada Kau Ada’’..

Orait resepi kali ini sambungan daripada resepi Jus Buah Naga seperti yang honney katakan pada awal cerita tadi.

Resepi: Aiskrim Jus Buah Naga
Sumber: Rekaan Sendiri

Bahan-bahan:
1 jug jus buah naga
½  potongan buah naga dipotong kecil-kecil
½ cawan air gula
1 biji limau kasturi

Cara-caranya:
1-    Tapiskan jus buah naga.(tengok gambar)


2-     Masukkan air gula dan perahan limau kasturi. Kacau.


3-    Masukkan sadu sudu kecil potongan buah naga dan juga isi buah yang ditapis tadi.


4-    Isikan air tesebut dalam plastik aiskrim atau bekas kesukaan anda.


5-    Bekukan semalaman.
6-    Apalagi, makan ler...takkan tengok saja.


*p/s: Kemanisan jus ikut selera anda, kalau suka manis tambahkan lagi. Kalau tak suka manis, kurangkanlah ye..Harap maklum.

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

CORETAN YANG LAIN

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com