15 April 2012

NOVEL HUJAN PUN MENARI

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


Tajuk: Hujan Pun Menari
Penulis: Norhayati Berahim

Harga Asal:RM 29.50(Semenanjung) RM32.50(S/S)
Harga Jualan: RM 26.00(semenanjung) RM29.00(S/S)
POSTAGE FREE
Sinopsis:
Novel Hujan Pun Menari karya Norhayati Berahim muncul seperti hujan yang mencurah-curah. Hujan yang membawa rahmat dan ditunggu oleh semua pembaca karya NB . Kami seakan kehausan dan gersang menanti-nanti kelahiran karya NB yang terbaru. Kenapa? Mungkin kerana NB membawa pembaca menyelami dunia baru dengan cerita yang berbeza.

HPM secara ringkasnya tidak akan lari dari keutuhan kekeluargaan namun rintangan dan liku-liku kehidupan keluarga Cikgu Ara ini menjadi perangsang dan motivasi untuk sesebuah institusi keluarga untuk bertahan berlandaskan pertalian darah yang rapat.

Pada peringkat pertama novel ini kita dihidangkan dengan masalah seorang lelaki yang beristeri dua. Kemudian didedahkan dengan tandatanya kenapa seorang lelaki warak, baik dan berpengetahuan luas berkahwin lain sedangkan pada perkahwinan pertamanya jelas isterinya yang mithali dan anak-anak yang bijak. Mungkin pada tanggapan Ustaz Jalil, isteri keduanya seorang Ustazah mampu menerima dan membantu dalam melayari rumahtangga secara adil. Dia mengharapkan isteri keduanya bertolak-ansur namun sebaliknya yang terjadi. Tidak semua ustazah baik, dan tidak semua ustazah juga jahat....biarpun ilmu penuh di dada jika amalannya bertentangan dari ilmu yang dimiliki maka segalanya menjadi haru biru. Kagum sangat dengan watak Cikgu Ara yang penyabar dan sentiasa setia meskipun luka hatinya kita dapat baca umpama luka yang dicurah dengan air hujan . Jika saya berada di tempat Cikgu Ara rasanya tak termampu oleh saya....dan semestinya saya bukan dia. Kawan saya sampai berdecit senyum menyatakan beberapa kali yang bahagian suami beristeri dua ini perlu dibaca oleh kaum lelaki. Biar mereka berfikir ratusan kali sebelum melukakan hati isteri . Perkahwinan berpoligami ini bukan hanya melukakan hati isteri pertama tetapi kesannya bertimbal balik kepada anak-anak. Muna anak sulung Ustaz Jalil menerima secara sabar bila kawan-kawan sekolahnya membicarakan soal ayahnya beristeri dua. Jika Ustazah Aminah dapat berkompromi dengan madunya, pasti keluarga ini akan lebih bahagia. Namun, seperti yang Hujan Pun Menari kisahkan, Ustazah Aminah tidak pernah berusaha untuk berbaik-baik dengan madu dan anak-anak tirinya sehingga dia menjadi kebencian anak-anak Ustaz Jalil.

Persoalan yang menarik juga diungkapkan iaitu KEPERCAYAAN. Keyakinan seorang isteri

 ( Cikgu Ara) terhadap suami biarpun dimadukan membuatkan pada satu peringkat, isteri meredhakan pemergian suami yang koma setelah kemalangan motorsikal dalam hujan yang lebat. Pada bahagian ini saya berhenti meneruskan bacaan saya kerana saya merasa sangat perit dengan pemergian Ustaz Jalil dan keredhaan Cikgu Ara. Sehinggakan sejujurnya saya akui saya membuat kajian selidik secara verbal dengan rakan-rakan sekerja saya. Mereka semuanya menyetujui tindakan Cikgu Ara untuk melepaskan Cikgu Jalil untuk selama-lamanya. Sayangnya kepercayaan ini tidak wujud langsung dalam jiwa isteri kedua, Ustazah Aminah sehingga saat-saat akhirpun dia berburuk sangka dan memaki hamun suami. Cemburu tanda sayang tetapi jika cemburu melampau-lampau ia akan memusnahkan perkahwinan . Contohnya Datuk Salim dan Puan Norli. Jika sudah berumahtangga , kepercayaan perlu menjadi aspek yang paling kukuh untuk menstabilkan institusi perkahwinan. Suka saya dengan harmoni Pak Lang dan Mak Lang ,juga Cikgu Ara dan Ustaz Jalil.

Kemudian kita disajikan dengan persahabatan dan percintaan antara Muna, Qurban, Dol Azim dan Tuminah. Cinta takkan kekal jika dipaksa dan dimiliki secara brutal dan jalan belakang. Kasihan Dol Azim kerana cintanya pada Muna tidak kesampaian. Inilah jodoh ketentuan Allah . Persahabatan Qurban dan Muna yang selalu ada bersama dan sentiasa saling membantu dan memberi sokongan moral yang padu menyekat rasa cinta dari memercik. Sehingga tercetus satu letusan yang membangkitkan akal sedar dan hati yang menyimpan rasa cinta di hati keduanya. Benarlah bahawa kita akan menghargai sesuatu yang sentiasa ada di sisi kita bila kita merasa kita akan kehilangannya. Saat Qurban hendak meminang Siti, Muna merasa kehilangan dan dalam masa yang sama Qurban takut kehilangan Muna. Seterusnya ketika Muna menjadi tunangan Danial, luka hati Qurban menyebabkan cintanya kian membara. Pengakhirannya tentu sahaja membahagiakan.

Semua watak memainkan peranan yang sama penting. Watak Pak Lang dan Mak Lang melambangkan status Datuk dan Datin yang tidak sombong dan sentiasa mengasihi anak-anak saudaranya. Kemudian watak antagonis seperti Danial dan Siti menjadi halangan dalam percintaan Qurban dan Muna. Walaupun watak-watak ini didiamkan untuk memberi ruang watak Muna dan Qurban berkembang, namun ia tetap mengiringi perjalanan plot cerita dan kemudian ia muncul menjadi sesuatu peristiwa dihadapi secara kekeluargaan.

Kenapa Hujan Pun Menari menjadi tajuk novel sudah saya ketemu jawapannya dan berharap pembaca faham apa yang saya maksudkan. Tidak perlulah saya huraikan kenapa . Sesuatu yang terkesan di hati saya ialah ketika Ustaz Jalil dan anaknya Muna bersembang tentang wanita masuk neraka. Pada saat itu betapa kita rasakan hujan ini memberi momen manis yang menjadi memori terindah dalam hidup Muna. Ketika hujan turun kebelakangan ini di daerah saya, sering saya mengambil peluang melemparkan pandangan melihat hujan menari sekejap tegak sekejap sendeng. Teringat saat-saat manis bersama arwah ayah dan arwah atuk saya...al-fatihah untuk mereka. Hujan mampu menitiskan airmata kita.

Kali ini kita menyelami info tentang dunia maritim yang sukar kita selami namun bila penulis membawa latar IR Shipping, terlalu luas pengetahuan tentang maritim. Tahniah dengan cara penulisan yang memudahkan kita memahami tentang dunia maritim. Menarik, fantastik dan memotivasikan naluri untuk luaskan bacaan.

Puas hati sangat-sangat dengan novel Hujan Pun Menari. Tak hairanlah mak 
honney boleh habiskan cerita nie dalam satu malam sahaja. Dapatkan segera sebelum terlambat.
-------------------------------------------------------------------------------------
Anda berminat?? sila ke inbox/pm   honney   di SINI

SIAPA CEPAT DIA DAPAT 




0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com