12 April 2012

RESEPI MOIST CHOCOLATE CAKE with Aising.


`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`
Salam 1 Malaysia y'all


Sementara puding sumi dahbuat awal pagi hujung minggu lepas, pada waktu malam plak NHR buat kek coklat yang ada aising demi permintaan adik tersayang. Selalunya orang makan kek coklat moist tapi dia nie nak kek coklat dihiasi dengan aising. Sudah lama dia nak makan kek coklat tu mengalahkan orang mengidam 7 bulan lagi. Apa-apa pun permintaannya sudah tertunai. Mula buat kek nie selepas waktu maghrib (sini waktu masuk awal 6.42 pm dah magrhib) Jadi, proses membuat kek start pukul 7pm-10.15pm, penat memang penat tapi berbaloi sebab semuanya jadi belaka atas gabungan  dua resepi MOIST CHOCOLATE CAKE, nama yang sama tapi resepinya berbeza. Jadi  honney gabungkannya menjadi satu resepi yang mantop, rasa coklat yang gila pekat dan ke-moist-annya.

Dibawah nie resepi asalnya:-
*resepi nie  honney   dah lupa ambil kat blog mana, cari semula pun dah tak dapat detect. 
Jadi, mohon izin  share disini ye tuan tanah kepada dua resepi asal di bawah ini. 
Terima Kasih diucapkan.

Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

Bahan Coklat Ganache:-
200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega


Cara Membuatnya:-
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula perang hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.

Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung gandum(guna tepung naik sendiri)

2 cawan gula halus
¾ serbuk koko
½ camt baking powder
½ camt soda bikarbonat
2 biji telur
½ susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
Sedikit badam buat tabor di atas kek

Cara Membuatnya:-
Gaul dan ayak tepung,koko,baking dan soda
Kacau telur, susu, minyak jagung hingga kembang
Masukkan bahan kacau ke dalam tepung selang seli dengan air panas
Kacau sebati, kemudian tuang adunan ke dalam acuan 8``yang telah digris
Bakar atau kukus selama sejam
Untuk topping, hanya guna serbuk
 koko ½ cawan diayak terlebih dahulu, masukkan sedikit butter
dan susu. Kacau diatas api hingga 
sebati dan
pekat. Sejukkan dan boleh dituang
 ke atas kek.

Anda dah baca dua resepi diatas kan, jadi dua resepi itu  honney  gabungkan menjadi satu resepi yang akan  honney  ikut untuk membuat kek yang seterusnya nanti.



Sumber:

Bahan Untuk Kek Coklat:-
2 cawan tepung kek naik sendiri( honney  guna jenama Bluekey)*
1½ camca teh baking powder*
*(digaul dan diayak 3 kali)
2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 cawan minyak masak
1 camca teh esen vanilla
½ camca teh nescafe ( honney tak letak)
1½ cawan serbuk koko*
½ gula halus*
1 cawan susu segar* ( honney  guna jenama dutch lady)
1 cawan air panas*
* disatukan menjadi pes coklat

Cara Membuatnya:-
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula halus hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Maukkan esen vanilla, minyak masak. Gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 50 minit. Keluarkan kek tersebut dari loyang kek. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache dan aising jika suka.

Bahan Coklat Ganache:-
200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (
honney guna 100 ml susu segar)
1 camca teh mentega

Untuk Coklat Ganache :-
Satukan coklat dan susu segar dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.

Bahan untuk Aising:-
500 gram gula aising 
½ cawan air panas
250 gram butter (dipotong kiub)
Sedikit esen vanilla
Sedikit serbuk koko
Sedikit pewarna ikut citarasa sendiri( honney  pilih warna purple dan jingga)

Untuk Aising:-
Cairkan gula aising bersama air panas terlebih dahulu.
Kemudian masukkan kiub butter. Pukul dengan speed yang laju hingga kembang(putih).
Masukkan sedikit esen vanilla.
Akhir sekali, bahagikan kepada 3 bahagian(ikut warna kesukaan anda)
Masukkan dalam piping beg. Hias mengikut kreativiti anda.
Masukkan dalam peti sejuk dan hidangkan semasa sejuk. Sedap tak terhingga.

--Selamat Mencuba--

0 Chef(s):

Post a Comment

Ada apa-apa pertanyaan bolehlah tinggalkan komen anda di sini. Nanti saya balas dan kunjungi blog anda
(Jangan lupa tinggalkan link anda di sini juga ye, senang nak terjah balik) :)

Terima Kasih Daun Keladi,
Kerana Sudi Singgah Sini,
Lain hari saya Review Lagi,
Moga-moga bersua nanti :)

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Jom Singgah

STATUS BLOG INI

BLOG INI DI DALAM PROSES UBAH SUAI. MOHON ANDA SEMUA KUNJUNGI SEMULA APABILA IANYA SUDAH KEMBALI CERIA 100%.

Hanis Zulaikha

My photo
Malaysia
☆Food Lover|Travelling|Blogging ☆ ☆Keep smiling and healthy ☆ Anything email me at [email protected]

Contact Me

ASSALAMUALAIKUM

THANKS KORANG

Popular Posts

Copyright © Wadah Berbicara | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes - Published By Gooyaabi Templates | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com